Anda di sini

Sri Aman FT (A) rangkul kejuaraan Piala Palmkis 2020

 Sri Aman FT (A) dan Savecoast FT bersama hadiah kemenangan mereka.
MENANG: Sri Aman FT (A) dan Savecoast FT bersama hadiah kemenangan mereka.

LAHAD DATU: Pasukan Sri Aman FT (A) muncul juara Pertandingan Futsal Piala Palmkis Futsal Team Terbuka Sabah 2020 yang diadakan di sini, kelmarin.

Pasukan Sri Aman FT (A) yang menumpaskan Savecoast FT dengan jaringan 2-0 melayakkan mereka pulang dengan hadiah kejuaraan wang tunai RM3,000, piala dan medal.

Manakala Savecoast FT sebagai naib juara menerima RM1,500, medal dan piala.

Dua pasukan, Gold Lion FT (A) dan CMC JR berkongsi kemenangan di tempat ketiga dan masing-masing membawa pulang RM700, piala dan medal.

Penganjur, Datu Khalid Ag Sulaiman berkata, sebanyak 40 pasukan bertanding dalam pertandingan itu dari Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Semporna, Tawau, Felda, Tungku dan Lahad Datu.

"Kesemua pasukan yang bertanding menampilkan mutu permainan, semangat kesukanan yang tinggi seterusnya menjadikan pertandingan itu medan persaudaraan dalam sukan," katanya di sini.

Khalid berkata, memandangkan sambuntan kejohanan itu menggalakkan, jawatankuasa penganjur bercadang mahu pertandingan itu diadakan secara tahunan dengan tawaran hadiah kemenangan yang lumayan.

Katanya, diharap pihak penaja boleh tampil dan memberi kerjasama untuk kejohanan tahun depan.

"Kami bercadang mahu menawarkan hadiah kemenangan RM10,000 dan membuka penyertaan kejohanan bukan sahaja pasukan dari Sabah malah seluruh Malaysia," katanya.