Anda di sini

Ribuan pengunjung meriahkan Program Sarawakku Sayang

Advertisement
 Abang Johari ditemani Juma’ani dan barisan pemimpin lain merakam kenangan bersama pengunjung yang datang pada Program Sarawakku Sayang di Dataran Terbuka, Kota Samarahan.
MERIAH: Abang Johari ditemani Juma’ani dan barisan pemimpin lain merakam kenangan bersama pengunjung yang datang pada Program Sarawakku Sayang di Dataran Terbuka, Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Program Sarawakku Sayang yang julung kali diadakan dengan Kota Samarahan dipilih sebagai lokasi pertama, berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Program dua hari yang bermula Ahad itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Tun Openg yang turut ditemani isterinya Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang di Dataran Terbuka, Dewan Suarah Kota Samarahan di sini semalam.

Pada majlis perasmian, Abang Johari turut mengajak hadirin yang hadir bertakafur sejenak bagi memperingati bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

 Pesta Durian yang menawarkan durian percuma kepada pengunjung menjadi tumpuan ramai.
DISERBU: Pesta Durian yang menawarkan durian percuma kepada pengunjung menjadi tumpuan ramai.

Lebih menarik, pelbagai aktiviti turut diadakan sempena program itu, antaranya Konsert Rakyat, Pesta Durian yang menawarkan lebih 3,000 biji durian percuma kepada pengunjung yang datang selain pameran, Dapur Samarahan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Penganjuran program itu turut mendapat maklum balas positif daripada kalangan penduduk termasuk pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi yang mengatakan bahawa di bawah kepimpinan Abang Johari banyak perubahan dan pembangunan dicapai penduduk di kawasan tersebut.

Menurut Penghulu Kampung Tambirat Tamel Mohamad, banyak usaha yang telah dilakukan Abang Johari untuk penduduk kampung antaranya penyukatan perimeter tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

 Anak muda yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama memakai pakaian tradisional mereka.
HARMONI: Anak muda yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama memakai pakaian tradisional mereka.

“Banyak yang telah beliau lakukan, salah satu daripadanya pemberian surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri yang memberi manfaat kepada penduduk dalam mengusahakan tanah mereka,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Manakala pemimpin masyarakat Dayak, Angan John dari Kampung Bintawa Lama, Batu 27, Serian berkata, sejak Abang Johari memimpin negeri ini banyak pembangunan infrastruktur dilaksanakan mahupun telah dilaksanakan di kampung mereka.

“Sekarang kita sudah mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan air yang mana ia adalah kemudahan asas yang sememangnya amat diperlukan rakyat dan kita percaya akan lebih banyak pembangunan dibawa untuk kampung kami nanti,” tambahnya.

Kapitan Chai Cheng Voon dari Kampung Sui, Kota Samarahan turut meluahkan pandangan sama yang mana Sarawak kini menikmati pembangunan yang pesat di bawah kepimpinan Abang Johari.

Katanya, rakyat Sarawak sememangnya memerlukan kerajaan yang mampu menjaga kepentingan negeri dan rakyatnya dan Abang Johari bersama barisan kepimpinannya telah melakukan tugas yang terbaik.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, barisan menteri kabinet, menteri-menteri muda, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan tetamu kehormat lain.

  • oleh
  • Advertisement