Anda di sini

Liga Hoki Malaysia: Wanita Sabah raih mata pertama

Advertisement
 Skuad Sabah yang beraksi menentang PSHA dalam saingan LHM di Stadium Hoki KSKK kelmarin.
HOKI: Skuad Sabah yang beraksi menentang PSHA dalam saingan LHM di Stadium Hoki KSKK kelmarin.

KOTA KINABALU: Sabah raih mata pertama dari keputusan seri 1-1 dengan pasukan Mutiara Impian-MSSPP-PSHA Pulau Pinang dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) bahagian wanita di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) kelmarin.

Pasukan pelawat mendahului 1-0 seawal minit ketiga suku pertama permainan hasil jaringan Nur Aliah Saiful bahari.

Nor Asfarina Isahyifiqa bagaimanapun  menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-37 di suku ketiga permainan.

Ia adalah perlawanan kedua dan merupakan mata pertama dikutip Sabah selepas kalah 0-3 perlawanan pertama di tangan Terengganu di venue sama Sabtu  lalu.

Ia juga merupakan penampilan pertama skuad wanita Sabah dalam liga hoki negara berkenaan.

Sabah diwakili pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini di mana majoriti pemain adalah pemain yang membantu Sabah menang pingat perak di SUKMA 2018 Perak.

Persaingan LHM wanita melibatkan enam pasukan. Pertandingan dijalankan secara liga dua pusingan bagi menentukan empat pasukan teratas mara ke pusingan separuh akhir.

Sabah akan mengharungi semua perlawanan pusingan pertama sebagai tuan rumah di Stadium Hoki KSKK.

Skuad bimbingan Ibrisam Nadzri itu dijadualkan meneruskan cabaran pusingan pertama menentang Akademi Hoki Kuala Lumpur (Hockademy) 18 Januari ini.

  • oleh
  • Advertisement