Anda di sini

Ibu kandung kanak-kanak lelaki diminta tampil

Advertisement

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan meminta ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki untuk tampil bagi membantu urusan hak penjagaan.

Pegawai Pelindung Erdianna Kanin berkata kanak-kanak bernama Ericley Jonesly diserahkan kepada pengadu iaitu Siti Arabiah Ismun dan Saiful Amri Saharudin beralamat di Kem PLKN Tuaran oleh ibu kandung semasa kanak-kanak itu berumur satu tahun.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu kandung Erchie Mojikol yang berketurunan Rungus tampil membantu siasatan bagi memudahkan urusan penjagaan kanak-kanak terbabit.

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi Erdianna di pejabatnya melalui talian 089-668494/667821.

  • oleh
  • Advertisement