Anda di sini

Amaran palsu nuklear cetus ketakutan

Advertisement

MONTREAL: Satu isyarat yang menunjukkan insiden di sebuah loji utama kuasa nuklear berhampiran Toronto di Kanada telah tersilap hantar kepada jutaan penduduk kelmarin, menyebabkan ketakutan dan desakan untuk siasatan.

Amaran kecemasan dikeluarkan sejurus sebelum jam 7.30 pagi waktu tempatan. Walaupun ditujukan kepada penduduk yang tinggal dalam jarak 10 kilometer dari

Pickering Nuclear Generating Station, ia telah tersebar sehingga ke semua penduduk di wilayah Ontario.

Kira-kira sejam kemudian, syarikat Ontario Power Generation yang menguruskan loji nuklear mengumumkan dalam  Twitter bahawa amaran itu tersilap dikeluarkan.

“Tiada situasi nuklear aktif yang berlaku di Pickering Nuclear

Generating Station,” katanya.

“Amaran sebelum ini telah tersalah dikeluarkan. Tiada bahaya terhadap orang awam atau alam sekitar.”

Kerajaan wilayah Ontario telah memohon maaf, menyatakan amaran telah dikeluarkan ketika satu latihan rutin.

“Kerajaan Ontario telah memohon maaf secara ikhlas kerana menimbulkan kebimbangan umum dan telah memulakan satu siasatan penuh bagi menentukan bagaimana kesilapan ini berlaku,” menurut pendakwaraya Sylvia Jones.

Salah satu daripada loji kuasa nuklear terbesar di dunia, fasiliti Pickering terletak kira-kira 50 kilometer di timur Toronto, bandar paling ramai penduduk di Kanada, dengan seramai tiga juta orang.

Beberapa orang pegawai tempatan, termasuk datuk bandar Pickering Dave Ryan, segera  menuntut satu penjelasan mengenai insiden berkenaan.

“Seperti anda semua, saya berasa sangat bimbang ketika menerima amaran kecemasan pada pagi tadi,” Ryan berkata di dalam Twitter.

“Ketika saya berasa lega apabila mendapati tiada kecemasan sebenarnya berlaku, saya berasa marah apabila kesilapan sebegini berlaku. Saya telah bercakap dengan pihak wilayah dan menuntut supaya satu siasatan penuh dilakukan,” kata beliau.

Datuk bandar Toronto John Tory turut menyeru bagi satu siasatan, menyatakan penduduk kawasannya telah “tidak sengaja dikejutkan dengan kejadian ini.” — AFP

Advertisement