Anda di sini

40 sertai Kursus Kejurulatihan Boling Padang

Advertisement
SHUIB HASHIM
SHUIB HASHIM

KOTA KINABALU: Seramai 40 peserta sertai Kursus Kejurulatihan Boling Padang Tahap 1 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) bermula hari ini hingga Sabtu (15-18 Januari).

Peserta itu termasuk tiga dari Sarawak dan tujuh dari Negara Brunei Darussalam.

Timbalan presiden Persatuan Boling Padang Negeri Sabah (Bowls Sabah), Shuib Hashim berkata, penganjuran kursus itu di sini membolehkan ramai peserta Sabah mengikutinya.

"Penyertaan ramai dari Sabah adalah sesuatu yang baik untuk pembangunan boling padang di negeri ini.

"Ia juga selaras dengan rancangan persatuan mengembangkan sukan boling padang ke seluruh pelosok negeri ini," kata Shuib ketika ditemui di sini semalam.

Penceramah kursus itu terdiri daripada ketua jurulatih kebangsaan, Zuraidi Putih, Ariffin Abd Ghani dan Masehi Ramlee.

"Peserta yang menamatkan kursus akan menerima sijil pada hari terakhir kursus," kata Shuib.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil akan disempurnakan presiden Bowls Sabah, Datuk Ladislaus Maluda.

  • oleh
  • Advertisement