Anda di sini

Duta UK ke Iran ditahan seketika

Advertisement
 Penduduk tempatan menyalakan lilin bagi memperingati mangsa Boeing 737 Ukraine International Airlines pada perhimpunan di hadapan Universiti Amirkabir di Tehran, Iran kelmarin. — Gambar AFP
TRAGIK: Penduduk tempatan menyalakan lilin bagi memperingati mangsa Boeing 737 Ukraine International Airlines pada perhimpunan di hadapan Universiti Amirkabir di Tehran, Iran kelmarin. — Gambar AFP

LONDON: Pihak berkuasa Iran menahan sekejap duta Britain di Tehran kelmarin, menurut kepada Setiausaha Luar Negara Dominic Raab, selepas beliau dilaporkan ditangkap ketika bantahan terhadap rejim.

“Penahanan duta kami di Tehran tanpa asas atau penjelasan merupakan satu pencabulan yang ketara terhadap undang-undang antarabangsa,” menurut Raab dalam satu kenyataan selepas penahanan Rob Macaire.

Menteri telah memberikan amaran kepada Iran bahawa ia pada saat bagi pertembungan, dan perlu untuk memilih di antara perarakannya ke arah status pariah atau mengambil langkah untuk mengurangkan ketegangan dan terlibat dalam satu laluan diplomatik ke depan.

Macaire telah ditahan kerana dikatakan menghasut penunjuk perasaan di Tehran yang berang terhadap kejadian menjatuhkan sebuah jet penumpang Ukraine secara tidak sengaja oleh pihak tentera, mengorbankan 176 orang, kebanyakan mereka adalah rakyat Iran, menurut kepada Daily Mail.

Iran akhirnya mengakui ia secara tidak sengaja tertembak jatuh sebuah pesawat penumpang Ukraine, membunuh kesemua 176 orang di dalamnya, dalam peralihan mendadak selepas pada mulanya menafikan dakwaan Barat bahawa pesawat itu ditembak jatuh misil.

Presiden Hassan Rouhani berkata, siasatan tentera ke atas tragedi itu mendapati misil dilepaskan atas kesilapan manusia telah menjatuhkan pesawat itu dan menyifatkannya sebagai satu kesilapan yang tidak dapat dimaafkan.

Beliau dibebaskan selepas kira-kira sejam, tambahnya lagi.

Presiden Hassan Rouhani menyatakan satu siasatan tentera mengenai tragedi telah mendapati “misil ditembak disebabkan oleh kesilapan manusia” telah menjatuhkan pesawat Boeing 737, menyatakan ia sebagai satu “kesilapan yang tidak dapat dimaafkan”.

Pengakuan merupakan satu “langkah pertama yang penting,”  kata Perdana Menteri Boris Johnson  pada awal kelmarin.

“Kami akan melakukan segala-galanya yang kami mampu bagi membantu keluarga empat orang mangsa British dan memastikan mereka mendapat jawapan dan keputusan yang mereka inginkan,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat

Downing Street.

Johnson menambah bahawa Britain akan bekerjasama dengan Kanada, Ukraine dan rakan antarabangsa yang lain bagi memastikan “satu siasatan antarabangsa yang komprehensif, telus dan bebas serta penghantaran pulang mayat mereka yang terkorban.”

“Kemalangan tragik ini hanya menunjukkan kepentingan bagi ketegangan yang bertambah di wilayah,” kata beliau.

“Adalah penting bagi semua pemimpin sekarang menuju ke arah cara yang lebih diplomatik.” — AFP

Advertisement