Anda di sini

Anggota bomba korban api di Australia

Advertisement
 Bangunan Rumah Opera memancarkan siri imej sebagai tanda sokongan terhadap komuniti yang terjejas kebakaran hutan dan bagi menyampaikan penghargaan buat perkhidmatan dan sukarelawan kecemasan di Sydney, kelmarin. — Gambar AFP
DALAM KENANGAN: Bangunan Rumah Opera memancarkan siri imej sebagai tanda sokongan terhadap komuniti yang terjejas kebakaran hutan dan bagi menyampaikan penghargaan buat perkhidmatan dan sukarelawan kecemasan di Sydney, kelmarin. — Gambar AFP

SYDNEY: Seorang anggota bomba Australia menjadi mangsa terkini krisis kebakaran hutan selama beberapa bulan, dengan pihak berkuasa menyatakan semalam bahawa lelaki berusia 60 tahun itu terbunuh ketika memadam kebakaran di bahagian selatan negara.

Chris Hardman, ketua pegawai bomba di Pengurusan Kebakaran Victoria, menyatakan seorang anggota bomba dari Parks Victoria telah terlibat dalam satu insiden ketika bekerja dalam satu kebakaran di kawasan Omeo yang membawa kepada satu kematian.

Dipercayai mangsa telah ditimpa sebatang pokok.

Kematian itu menambahkan angka kematian akibat kebakaran hutan di Australia kepada sekurang-kurangnya 27, malah ketika anggota bomba mengambil kesempatan dalam cuaca yang lebih dingin untuk melakukan ‘backburning’ dan memperkukuhkan garisan pencegahan.

Juga semalam, Perdana Menteri Scott Morrison menyatakan kerajaannya akan mempertimbangkan membuka sebuah suruhanjaya siasatan mengenai kebakaran, ketika berdepan dengan kritikan mengenai cara beliau menangani krisis.

“Saya fikir bahawa ia adalah perlu, dan saya akan membawa satu cadangan ke Kabinet untuk mendapatkan keputusannya,” beliau memberitahu pihak penyiaran awam ABC.

Morrison memaklumkan satu keadaan bagi kemarahan mengenai  kebakaran yang berpunca dari iklim, mana telah membakar sebuah kawasan sebesar saiz Korea Selatan dan sekali lagi menutupi Sydney dengan asap semalam.

Perdana Menteri, seorang penyokong tegas  bagi industri minyak fosil, menyatakan sasaran pengeluaran akan berkembang namun menolak menghapuskan pengeksportan arang batu yang luas di Australia.

“Pada tahun-tahun akan datang, kami akan terus untuk memperkembangkan polisi kami dalam bidang ini bagi mengurangkan pengeluaran lebih lanjut dan kami akan melakukan ia tanpa cukai karbon, tanpa menaikkan harga bekalan elektrik dan tanpa menutup industri lama,” jelasnya.

Pihak berkuasa telah memberikan amaran bahawa ketika kebakaran dijangka berkurangan pada minggu ini, krisis tersebut masih belum berakhir dalam tempoh terdekat. — AFP

Advertisement