Anda di sini

Pesawat tentera Afrika Selatan terbakar ketika mendarat di DR Congo

Advertisement
 Anggota tentera memeriksa pesawat pengangkut tentera Afrika              Selatan yang terdampar                         di Goma di timur DR Congo kelmarin. — Gambar Augustin Wamenya/AFP
PESAWAT MALANG: Anggota tentera memeriksa pesawat pengangkut tentera Afrika Selatan yang terdampar di Goma di timur DR Congo kelmarin. — Gambar Augustin Wamenya/AFP

GOMA: Sebuah pesawat pengangkut tentera Afrika Selatan yang membawa 67 orang terbakar ketika mendarat kelmarin di bandar Goma di timur DR Congo namun tiada kematian berlaku, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pesawat C-130 Hercules yang dihasilkan oleh penge-luar AS Lockheed telah terbang dari Beni, sebuah bandar kira-kira 350 kilo-meter di utara Goma di bahagian timur Republik Demokratik (DR) Congo.

“Enjin kiri terbakar ketika mendarat,” kata misi PBB di negara, dikenali dengan nama singkatan Perancisnya MONUSCO, sambil menambah bahawa anggota bombanya telah “campur tangan”.

“Terdapat lapan anak kapal dan 59 penumpang, Semua orang telah dibawa keluar dengan selamat. Tiada sesiapa yang mengalami kecederaan berat. Laluan itu telah dibuka semula,” tambahnya.

Pesawat itu digunakan oleh anggota tentera pengaman Afrika Selatan yang dike-rahkan di Beni, di wilayah Kivu Utara.

Tentera Afrika Selatan menyatakan ia akan menyiasat punca kebakaran itu.

Menteri Pertahanan Afrika Selatan, Nosiviwe Mapisa-Nqakula, “menyuarakan penghargaan beliau bagi kepakaran dan sikap profesionalisme anak kapal dalam keadaan cemas yang me-mastikan tiada kehilangan nyawa berlaku ketika insiden pendaratan yang tidak terkawal melibatkan anggota lelaki dan wanita dalam Pasukan Pertahanan Negara Afrika Selatan  (SANDF) yang sedang berkhidmat untuk Republik dan Wilayah de-ngan semangat dan harga diri bagi memastikan terdapatnya kedamaian dan kestabilan di benua ini.”

Pada 24 November, 29 orang terkorban apabila sebuah pesawat penumpang kecil terhempas selepas ia berlepas, jatuh di sebuah kawasan yang mempunyai penduduk padat di Goma. — AFP

Advertisement