Anda di sini

PM Kanada ratapi mangsa pesawat terhempas di Iran

Advertisement
 Ahli keluarga meratap semasa memberi penghormatan terakhir kepada mangsa pesawat Ukraine yang terhempas di Tehran, Iran di lapangan terbang Boryspil di pinggir Kiev, Ukraine kelmarin. — Gambar Sergei Supinsky/AFP
SEDIH: Ahli keluarga meratap semasa memberi penghormatan terakhir kepada mangsa pesawat Ukraine yang terhempas di Tehran, Iran di lapangan terbang Boryspil di pinggir Kiev, Ukraine kelmarin. — Gambar Sergei Supinsky/AFP

TRENTON: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, kelmarin berkata suasana sedih dan suram menyelubungi negara itu selepas sebuah pesawat penumpang terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang Iran dan mengorbankan 176 orang yang menaikinya, termasuk 63 rakyat Kanada, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Menerusi satu video yang disiarkan secara langsung oleh perkhidmatan berita Kanada, Trudeau bercakap mengenai tragedi itu.

“Rakyat Kanada di seluruh negara berasa terkejut dan sedih. Mereka (mangsa) mempunyai begitu banyak potensi dan kehidupan yang bermakna menanti mereka,” katanya.

Menjawab soalan pemberita, Trudeau berkata meskipun “terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca” nahas, beliau tidak boleh menolak kemungkinan bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh.

Beliau berkata nahas itu akan “disiasat dengan te-liti”.

“Rakyat Kanada mempunyai soalan dan mereka berhak mendapat jawapan,” kata beliau sambil menambah bahawa Menteri Luar Kanada, Francois-Philippe Champagne, akan berun- ding dengan rakan sejawatnya dari Iran dan menekankan keperluan untuk melakukan siasatan yang meluas.

Daripada sejumlah 176 orang yang menaiki pesawat jenis Boeing 737-800 itu, 138 melakukan perjalanan ke ibu kota Ukraine iaitu Kyiv untuk membuat penerbangan sambung ke Kanada.

Mangsa nahas itu membabitkan 63 rakyat Kanada, 82 rakyat Iran, 11 rakyat Ukraine, 10 rakyat Sweden, empat rakyat Afgha-nistan dan masing-masing tiga rakyat Jerman serta Britain. — Bernama

Penerbangan Ukraine International Airlines yang menggunakan sebuah pesawat dibina pada 2016 itu telah diperiksa pada Isnin dan mempunyai “rekod keselamatan yang amat, amat baik,” kata pakar penerbangan John Cox, Ketua Pengarah Eksekutif Keselamatan Sistem Operasi yang berpangkalan di Washington DC. — Bernama

Advertisement