Anda di sini

‘Joker’ dahului senarai pencalonan BAFTA dalam 11 kategori

Advertisement
 (Dari kiri) Ketua Eksekutif BAFTA Amanda Berry bersama dua pelakon Inggeris Ella Balinska dan Asa Butterfield sebelum pengumuman senarai calon BAFTA di London pada 7 Januari lepas. Filem ‘Joker’, yang dibintangi pemenang anugerah Golden Globe, Joaquin Phoenix, memperolehi 11 pencalonan bagi anugerah filem utama di Britain. — Gambar AFP
PENGUMUMAN BAFTA: (Dari kiri) Ketua Eksekutif BAFTA Amanda Berry bersama dua pelakon Inggeris Ella Balinska dan Asa Butterfield sebelum pengumuman senarai calon BAFTA di London pada 7 Januari lepas. Filem ‘Joker’, yang dibintangi pemenang anugerah Golden Globe, Joaquin Phoenix, memperolehi 11 pencalonan bagi anugerah filem utama di Britain. — Gambar AFP

SENARAI pencalonan untuk Anugerah BAFTA tahun ini  telah pun diumumkan pada Selasa lepas, dengan menyaksikan drama buku komik gelap ‘Joker’, yang dibintangi pemenang anugerah Golden Globe, Joaquin Phoenix, mendahului pencalonan.

Cerita asal penjahat siri Batman itu memperolehi 11 pencalonan bagi anugerah filem utama di Britain, termasuk Filem Terbaik.

Ia bersaing dengan filem gengster epik arahan Martin Scorsese ‘The Irishman’ dan filem Quentin Tarantino ‘Once Upon A Time ... In Hollywood’, yang masing-masing menerima 10 pencalonan.

Filem arahan Sam Mendes ‘1917’, kisah mengenai dua askar British yang memenangi anugerah Golden Globe bagi drama terbaik yang diidam-idamkan, mendapat sembilan pencalonan, termasuk dalam kategori filem terbaik.

Patung topeng emas pada tahun lepas dimenangi filem hitam putih terbitan Netflix ‘Roma’, yang kemudian memenangi tiga anugerah Oscar tetapi gagal dalam kategori filem terbaik.

Anugerah BAFTA pada tahun ini merangkumi semua pelakon kegemaran Oscar, termasuk bintang ‘Once Upon A Time’ Leonardo DiCaprio dan Renee Zellweger, yang membawa watak aktres dan penyanyi AS Judy Garland di dalam drama percintaan ‘Judy’.

Senarai penuh pencalonan bagi pelakon utama adalah DiCaprio, Adam Driver, Taron Egerton, Phoenix dan Jonathan Pryce.

Jessie Buckley (‘Wild Rose’), Scarlett Johansson (‘Marriage Story’), Saoirse Ronan (‘Little Women’), Charlize Theron (‘Bombshell’) dan Zellweger dicalonkan untuk aktres utama terbaik.

Calon pengarah terbaik adalah Sam Mendes untuk ‘1917’, Scorsese, Todd Phillips untuk ‘Joker’, Tarantino dan Bong Joon-Ho dari Korea Selatan untuk ‘Parasite’.

Enam calon bagi Filem British Cemerlang adalah ‘1917’, ‘Bait’, ‘For Sama’, ‘Rocketman’, ‘Sorry We Missed You’ dan ‘The Two Popes’.

Majlis anugerah itu akan berlangsung pada 2 Februari ini. — AFP

Advertisement