Anda di sini

Pesawat Ukraine terhempas di Iran, 176 maut

Advertisement
 Anggota penyelamat mengutip mayat di kawasan di mana sebuah pesawat Ukraine terhempas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Tehran, Iran pada awal pagi semalam. — Gambar Rouhollah Vahdati/ISNA/AFP
MALANG: Anggota penyelamat mengutip mayat di kawasan di mana sebuah pesawat Ukraine terhempas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Tehran, Iran pada awal pagi semalam. — Gambar Rouhollah Vahdati/ISNA/AFP

TEHRAN: Sebuah pesawat Ukraine membawa 167 penumpang dan sembilan anak kapal terhempas sejurus selepas berlepas di Tehran mengorbankan semua orang di dalamnya, lapor media negara Iran.

Boeing 737 telah meninggalkan lapangan terbang antarabangsa Tehran dalam penerbangan ke Kiev, kata agensi berita separa rasmi ISNA, sambil menambah bahawa 10 ambulans telah dihantar ke kawasan nahas.

“Jelas adalah mustahil bahawa penumpang” dalam pesawat PS-752 masih hidup, ketua Bulan Sabit Merah, Morteza Salimi, memberitahu ISNA.

Agensi berita negara IRNA melaporkan pesawat itu, yang dimiliki oleh Ukraine International Airlines, membawa 167 penumpang dan sembilan anak kapal.

Press TV, televisyen ne-geri yang menyiarkan be-rita dalam bahasa Inggeris, menyatakan pesawat itu terhempas di kawasan sekitar Parand, sebuah bandar di wilayah Tehran.

Nahas kemungkinan berpunca daripada “masalah teknikal”, lapornya, memetik Ali Khashani, jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini.

“Pesawat itu terbakar selepas terhempas,” kata Press TV. Sebuah video yang disiarkan oleh penyiar media negara kelihatan me-nunjukkan pesawat sudah terbakar ketika jatuh dari langit.

Televisyen negara Iran menyiarkan rakaman dari kawasan nahas menunjukkan pasukan pencari dan penyelamat Bulan Sabit Merah menggeledah sebuah kawasan terbuka dengan serpihan pesawat berselerak di sekitarnya.

Syarikat pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing, berkata di Twitter: “Kami menyedari tentang laporan media dari Iran dan kami sedang mengumpulkan maklumat.”

Nahas tidak lama selepas Iran mengumumkan ia telah melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah pangkalan Iraq sebagai membalas de-ndam terhadap pembunuhan komander tertinggi tentera Republik Islam itu dalam serangan dron AS pada Jumaat lepas.

Berikutan serangan peluru berpandu itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA)  berkata ia mela-rang pesawat yang didaftarkan di AS terbang di Iraq, Iran dan Teluk selepas sera-ngan roket terhadap pasukan tentera AS di Iraq.

“FAA mengemukakan ‘Notices to Airmen’ pada malam tadi yang menggaris-kan larangan penerbangan yang menghalang syarikat penerbangan awam AS beroperasi di ruang udara Iraq, Iran dan perairan Teluk Persia dan Teluk Oman,” kata-nya dalam satu kenyataan.

“FAA akan terus meng-awasi dengan rapat kejadian di Timur Tengah.”

Iran melancarkan peluru berpandu selepas serangan dron AS membunuh Qasem Soleimani, seorang pegawai kanan terkenal yang menge-tuai bahagian operasi luar negara dalam Kor Pengawal Revolusi Islam Iran.

Pemimpin agung, Aya-tollah Ali Khamenei, menjanjikan “serangan balas” dan mengumumkan hari berkabung selama tiga hari selepas pembunuhan yang mengejutkan republik Islam itu.

Pembunuhan Soleimani telah meningkatkan lagi perang mulut antara Iran dan AS.

Di Tehran, Presiden Hassan Rouhani pada Isnin lepas memberikan amaran kepada Trump agar “tidak meng-ugut” Iran, selepas presiden AS itu mengemukakan satu senarai serangan AS ke atas 52 sasaran di republik Islam itu. — AFP

Advertisement