Anda di sini

Nikmati kelazatan perisa barbeku terbaharu di KFC

Advertisement
 Dengan salutan Hot Sauce ke atas ayam goreng Hot & Spicy yang dilengkapi dengan sos Smoky White BBQ, hidangan ini menjanjikan sebuah pengalaman makan yang tidak harus anda lepaskan.
UNIK: Dengan salutan Hot Sauce ke atas ayam goreng Hot & Spicy yang dilengkapi dengan sos Smoky White BBQ, hidangan ini menjanjikan sebuah pengalaman makan yang tidak harus anda lepaskan.

KUALA LUMPUR: Sempena dengan kedatangan tahun baharu, KFC Malaysia menjemput para pelanggan untuk mencuba sebuah hidangan unik KFC buat pertama kalinya, iaitu ‘KFC White BBQ Crunch’.

Ciptaan ini memberi ke-lainan kepada hidangan barbeku biasa dengan sentuhan baharu menerusi sos BBQ berwarna putih.

Hidangan bersama sos White BBQ ini memberi keenakan yang berbeza berbanding sos barbeku berwarna merah atau coklat yang lebih dikenali ramai. Ianya menampilkan kelazatan perisa barbeku salai yang digemari ramai tetapi di dalam versi sos BBQ berwarna putih yang pastinya menambat selera.

Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia, Angelina Villanueva berkata,  KFC White BBQ Crunch merupakan olahan unik kepada ayam goreng KFC kegemaran ramai dan dicipta khas untuk sambutan perayaan kali ini.

Selain itu, dengan sa-lutan Hot Sauce ke atas ayam goreng Hot & Spicy yang dilengkapi dengan sos Smoky White BBQ, hidangan ini menjanjikan sebuah pengalaman makan yang tidak harus anda lepaskan.”

“Kemeriahan tahun baharu ini juga diwarnai dengan hidangan KFC bucket istimewa sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba. KFC Celebration Bucket kembali bagi musim perayaan ini, bersama sampingan udang empuk keemasan - KFC Shrimp Poppers.”

“Hidangan KFC Bucket telah membawa pelbagai kenangan manis di meja makan buat pelbagai generasi di Malaysia. Kami berharap KFC Celebration Bucket bersama hidangan udang rangup KFC Shrimp Poppers terbaharu ini akan memberi lebih kemeriahan kepada sambutan perayaan anda,” katanya.

KFC White BBQ Crunch boleh didapati dalam set kombo 2 ketul atau 3 ketul ayam bersama hidangan sampingan dan minuman, atau Box Meal yang dilengkapi dengan Zinger Burger.

Manakala, KFC Shrimp Poppers didatangkan bersama Celebration Bucket dan boleh dinikmati di dalam bentuk a la carte dengan harga bermula daripada RM5.90.

KFC White BBQ Crunch dan KFC Celebration Bucket dengan Shrimp Poppers hanya boleh didapati buat masa yang terhad.

  • oleh
  • Advertisement