Anda di sini

Menyampaikan berita buruk

Advertisement
 Apabila rakan kita sedang bersedih jangan teragak-agak untuk memperluaskan tangan anda atau hanya kelihatan sangat kecewa.
EMPATI: Apabila rakan kita sedang bersedih jangan teragak-agak untuk memperluaskan tangan anda atau hanya kelihatan sangat kecewa.

KITA tidak selalu menerima khabar baik. Kadang kala kita dilanda berita buruk dengan tiba-tiba.Walaupun demikian jangan kita kecewa dan tidak bersemangat ketika menerima khabar yang tidak diigini.  Kan hidup kita berputar? Ada masanya kita merasakan bahagia dan ada ketika kita bersedih. Ini lah adat dunia.

Salah satu perkara yang paling sukar dalam kehidupan kita ialah
menyampai kabar buruk kepada seseorang, apalagi orang terdekat.
Penyampaian berita buruk dilakukan ketika perjalanan kita di hadapi
dengan kebuntuhan dan kita tidak ada pilihan.

Teknik penyampaian berita buruk menunjukkan bahawa perkara yang paling penting dalam menyampaikan berita buruk adalah sikap (sikap dan tingkah laku) penyampaian berita, maklumat yang jelas, privasi dan
kebolehan pembaca berita untuk menjawab soalan.

 

Berita buruk yang dipersoalkan ialah berita yang secara drastik dan
negatif mengubah pandangan penerima kepadanya. Adakala berita buruk yang dipersoalkan adalah apa-apa maklumat yang memudaratkan dan mempunyai potensi untuk memberi kesan serius kepada pandangan individu terhadap dirinya dan atau masa depannya serta meletakkannya dalam keadaan perasaan putus asa, keputusasaan, ancaman terhadap
kesejahteraan mental atau fizikal seseorang.

Cara kita menyampaikan khabar berkenaan sudah tentu berpengaruh terhadap reaksi penerimanya. Kita khuatir respon si penerima dan  bagaimana dia  tindak balas terhadap berita yang bakal diterima.

Kebiasaannya khabar buruk boleh memyebabkan si penerima emosi lalu
mengakibatkan dia  sedih, kecewa atau marah sekiranya kita tidak peka
menyampaikan berita yang tidak baik. Ini akan menjejas cara penerimaan dan pemprosesan si penerima. Khabar berkenaan sudah tentu boleh membuat keadaan dia  tidak stabil.

Semasa menyampaikan khabar, keupayaan yang diperlukan ialah
berkomunikasi secara cekap. Teknik menyampaikan dengan  selamat
adalah attitude (sikap dan perilaku) penyampai berita, informasi yang
jelas, privasi dan kemampuan penyampai berita menjawab pertanyaan.

Misalnya, ambil kaedah mendekati seseorang itu dengan cara
seperti di bawah ini yang sudah dirangkum daripada berbagai sumber.

Waktu yang tepat - sangat penting memerhatikan waktu dan tempat yang pasti untuk menyampaikan khabar buruk kepada seseorang. Susun masa yang mencukupi dengan lokasi yang peribadi dan mudah. Pastikan semasa perbualan tidak ada gangguan dari orang yang tidak berkenaan atau telefon bordering. Hal itu dapat membuat suasana menjadi berbeza
kerana ada orang yang memiliki kemampuan mengelola perasaan dengan baik. Namun, ada pula yang perlu waktu untuk menerimanya.

Sebaiknya sampaikan langsung - ketika ingin menyampaikan khabar buruk kepada orang lain, cubalah untuk tidak menggunakan surat elektronik, SMS, voice mail, atau pesan di media sosial. Seboleh-bolehnya, sebaiknya disampaikan secara langsung kepada orang yang berkenaan. Cara ini dapat mengurangi salah faham.

Persiapkan diri sebelum bicara - sebelum menyampaikan khabar berita,
usahakan untuk mempersiapkan diri, termasuk menyiapkan jawapan dari pertanyaan yang mungkin diutarakan.

 Jika berita yang disampaikan menyebabkan penerima menjadi marah dan tidak dapat mengawal emosinya, tunjukkan sikap pemahaman dan empati.
PEMAHAMAN: Jika berita yang disampaikan menyebabkan penerima menjadi marah dan tidak dapat mengawal emosinya, tunjukkan sikap pemahaman dan empati.

Hindari penggunaan nada tinggi - semasa menyampaikan sebuah khabar
buruk, aplikasikan intonasi suara yang tidak tinggi. Jika disampaikan
dengan nada yang tinggi, ada kemungkinan kita akan berdampak pada
emosi seseorang ketika mendengar khabar itu.

Tunjukkan empati - jika berita yang disampaikan menyebabkan penerima menjadi marah dan tidak dapat mengawal emosinya, tunjukkan sikap pemahaman dan empati. Apalagi jika seseorang sampai menangis, maka berilah dia waktu untuk menyendiri atau memberinya minum agar lebih tenang. Atau jika dia marah, cukuplah menjadi pendengar. Biarkan dia bereaksi dan berusahalah untuk tidak memperkeruh suasana. Hal dimaksudkan agar emosi penerima khabar tidak terlalu takut ketika mendengar khabar berkenaan.

Tidak perlu mengulang-ulang perkataan - jangan bersuara terlalu lama
dan tidak langsung ke intinya. Berikan apa yang harus lawan bicara
Anda tahu dan biarkan dia bertanya seputar masalah ini. Tentu saja
Anda harus jujur jika mengetahui jawabannya dan mengatakan tidak tahu apabila memang tidak memahaminya.

Jangan bersuara terlalu lama dan jangan sampai ke titik. Berikan apa
yang harus diketahui oleh pelukis anda dan biarkan dia bertanya
mengenai masalah ini. Sudah tentu anda perlu jujur jika anda tahu
jawapannya dan katakan anda tidak tahu sama ada anda tidak faham.

Penyampaian berita buruk merupakan perkara penting yang harus
dikuasai.Kecekapan berkomunikasi dalam penyampaian perlu dilaksanakan demi mencegah kesalahan dalam komunikasi yang dapat menimbulkan kesan yang serius baik secara fizikal atau psikologi. Berwaspadalah!

 Seboleh-bolehnya, sebaiknya sampaikan berita buruk secara langsung kepada orang yang berkenaan.
LANGSUNG: Seboleh-bolehnya, sebaiknya sampaikan berita buruk secara langsung kepada orang yang berkenaan.
Advertisement