Anda di sini

Lelaki Jepun dibicara atas tuduhan bunuh 19 di rumah penjagaan OKU

Advertisement
 Bas penjara dipercayai membawa Uematsu dilihat meninggalkan pekarangan  Mahkamah Daerah Yokohama di Yokohama, Jepun semalam. — Gambar Kazuhiro Nogi/AFP
DIBICARA: Bas penjara dipercayai membawa Uematsu dilihat meninggalkan pekarangan Mahkamah Daerah Yokohama di Yokohama, Jepun semalam. — Gambar Kazuhiro Nogi/AFP

TOKYO: Lelaki yang dituduh bagi pembunuhan tahun 2016 melibatkan 19 orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah penjagaan Jepun dihadapkan dalam perbicaraan semalam dalam satu kes yang dianggap antara pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara ini.

Satoshi Uematsu, seorang bekas pekerja di pusat penjagaan di pinggir Tokyo, telah mengaku melakukan amukan tikaman, namun peguamnya dijangka akan mengemuka-kan rayuan tidak bersalah di atas dasar bagi kapasiti yang berkurangan.

Uematsu dilaporkan me-nyatakan dia mahu menghapuskan semua OKU dalam serangan ngeri pada 26 Julai di pusat Tsukui Yamayuri-en di pekan Sagamihara di pinggir Tokyo.

Lelaki berusia 29 tahun itu dituduh telah memecah ma-suk ke dalam fasiliti tersebut dan memasuki dari satu bilik ke bilik lain, mencari mangsa. Seramai 19 orang terbunuh dan 26 lagi tercedera – separuh daripada mereka dalam keadaan serius.

Dia telah menyerah diri di sebuah balai polis, membawa pisau yang berlumuran darah dan mengaku melakukan serangan itu.

Ia kemudian didapati bahawa Uematsu meletak jawatannya di pusat tersebut hanya beberapa bulan sebelum serangan, dan telah dimasukkan ke hospital secara paksa selepas memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia berniat untuk membunuh orang cacat di pusat itu.

Namun dia dibenarkan keluar dari hospital 12 hari kemudian selepas seorang doktor menganggap dia bukannya satu ancaman.

Dia berdepan dengan enam tuduhan, termasuk membunuh, dan berdepan dengan hukuman mati sekiranya disabitkan bagi sebahagian tuduhan itu.

Sejak penahanan, Uematsu tidak menunjukkan rasa kesal dan terus menyokong pandangan yang kelihatan menggalakkan serangan.

Dalam temu bual dengan akhbar Mainichi Shimbun di Jepun dia menyatakan mereka yang mempunyai masalah mental “tidak mempunyai perasaan”, mendakwa “tiada makna untuk terus hidup” bagi mereka.

“Saya harus melakukannya bagi kepentingan masyara-kat,” katanya mengenai serangan.

“Saya tidak fikir bahawa saya tidak bersalah namun ia bukannya sesuatu yang boleh dihukum dengan kematian.”

Di sebalik kenyataannya itu, peguamnya dilaporkan merancang untuk mengemukakan rayuan tidak bersalah bagi pihak Uematsu, menegaskan dia tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dengan yang salah pada masa serangan kerana  dia sedang khayal dadah.

Satu ujian selepas penahanannya dilaporkan me-nunjukkan kesan ganja dalam sistem badannya.

Dalam temu bual terbaharu dengan agensi Jiji Press, Uematsu berkata dia tidak akan menafikan telah melakukan serangan itu di mahkamah .

“Ia adalah menyedihkan,” tambahnya. “Ia adalah se-perti pergi ke sana untuk dihina.”

Serta dia kelihatan sebagai berbangga dengan tindakan amukan itu.

“Saya telah melakukan yang terbaik,” katanya. — AFP

Advertisement