Anda di sini

Everrise CityOne adakan majlis perasmian pembukaannya Jumaat ini

Advertisement
 Sudut buah-buahan segar di outlet baharu Everrise CityOne.
SEGAR: Sudut buah-buahan segar di outlet baharu Everrise CityOne.

KUCHING: Everrise di CityOne akan mengadakan majlis perasmian pembukaannya pada 10 Januari ini (Jumaat) dengan rangkaian siri promosi dan aktiviti menarik di premis.

Terletak di aras bawah dengan kawasan seluas 16,000 kaki persegi, pa-sar raya Everrise yang baharu itu menawarkan konsep runcit terkini, yang bertujuan meningkatkan pengalaman gaya hidup kepada pembeli.

Pasar raya baharu itu menawarkan pelbagai produk yang diimport dari seluruh dunia yang menampilkan buah-buahan dan sayuran segar diimport, yogurt premium, coklat, pasta, minuman diimport, wain dan ba-nyak lagi.

Selain itu terdapat juga bahagian untuk makanan organik.

Bagi menyediakan pe-ngalaman membeli-belah yang lebih lancar kepada pengguna bagi semua keperluan, di mana pembeli dapat mencari sudut bakeri lengkap dengan roti baharu dibakar serta kuih-muih, bar sushi baharu yang kini menampilkan makanan Jepun dan sudut sajian wine-dine-deli yang menyajikan pelbagai hidangan dan wain dari seluruh dunia.

Selain itu, pelanggan juga akan menemui kaunter jus baharu yang menawarkan rangkaian luas jus segar dan sihat di mana semua jus diperbuat daripada bahan-bahan asli dengan tiada gula tambahan dan pengawet.

Di outlet baharunya, Everrise juga memper-kenalkan seksyen pilih sen-diri sayuran hidroponik, dan cendawan tiram selain herba-herba juga disedia-kan kepada pembeli yang boleh menemui pelbagai jenis herba seperti selasih Itali, ketumbar, pasli, daun rosemary, taim, oregano dan banyak lagi.

Sementara itu semasa sambutan pembukaan rasmi, pembeli akan menerima beg cendera-mata percuma bernilai RM50 dengan pembelian RM120 dalam satu resit tunggal pada 10, 11 dan 12 Januari yang terhad kepada 200 pelanggan pada hari pertama.

Selain itu dari 13 hingga 19 Januari, pembeli yang membeli barangan bernilai RM120 dan ke atas dalam satu resit tunggal, 50 pembeli pertama akan mendapat hadiah percuma.

Manakala setiap pendaftaran baharu kad Everrise pada tiga hari pertama sempena sambutan pembukaan premisnya, akan menerima 100 mata ganjaran (tertakluk kepada terma dan syarat).

Everrise CityOne dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Maklumat lanjut dan maklum balas boleh hantar e-mel ke [email protected].

Untuk butiran lanjut dan butiran promosi, ikuti laman Facebook Everrise fb.com/myeverrise.

Advertisement