Anda di sini

Dua rentung dalam kebakaran di Bintulu

Advertisement
 

BINTULU: Dua mangsa dijumpai rentung dalam satu kebakaran kantin pekerja Usaha Estate di jalan pesisir Bintulu-Miri.

Bomba dan Penyelamat melaporkan, dalam kebakaran malam Rabu, dua mangsa dikenali sebagai Wong Ling Poung, 47, dan Lee Hua Hing, 23. 

"Kebakaran melibatkan 100 peratus struktur kantin dan sewaktu proses pemadaman dilakukan anggota bomba menjumpai dua mangsa.

"Seorang dijumpai di dalam bilik tidur manakala seorang lagi dijumpai berdekatan dengan kaunter pembayaran dalam keadaan rentung," kata bomba dalam satu kenyataan.

Bomba menerima panggilan pada pukul 9.05 malam, dan operasi pemadaman tamat pukul 1.15 pagi.

Kerja-kerja pemadaman membabitkan anggota daripada Balai Bomba Bintulu dan Samalaju.

 
Advertisement