Anda di sini

Bezza tampil dengan wajah baharu 2020

Advertisement
 Peter (kanan), Esther (empat kiri) dan Jeffery (tiga kiri) melakukan pelancaran model sedan Perodua Bezza 2020                 di bilik pameran Ngu Chung Beng & Sons Corporation Sdn Bhd di Jalan Salim di Sibu, semalam.
LEBIH PADU: Peter (kanan), Esther (empat kiri) dan Jeffery (tiga kiri) melakukan pelancaran model sedan Perodua Bezza 2020 di bilik pameran Ngu Chung Beng & Sons Corporation Sdn Bhd di Jalan Salim di Sibu, semalam.

SIBU: Ngu Chung Beng & Sons Corporation Sdn Bhd melancarkan model sedan Perodua Bezza 2020 di premisnya di Jalan Salim semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan bersama Pengarah Urusan Dato Sri Peter Ngu Ung Yong dan Pengarah Eksekutif Datin Sri Esther Kong.

Hadir sama ialah Pengurus Jualan Jeffery Ngu Heng Hing.

Esther ketika ditemui pemberita berkata, Perodua Bezza adalah sedan pertama di Malaysia yang menerima penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

“Antara ciri baharu lain ialah Perodua Bezza 2020 tampil dengan gril hadapan dan bampar baharu, lampu hadapan LED dan skirt sisi dwitona,” jelasnya.

Menurutnya Ngu Chung Beg & Sons Corporation Sdn Bhd telah menerima tempahan 150 hingga 160 unit Perodua Bezza 2020.

Varian X dan AV dilengkapi dengan rim aloi 15 inci dan cermin sisi berkuasa boleh laras kini terdapat pada semua varian.

Untuk model 2020 ia ditawarkan dalam empat varian 1.0G MT, 1.0G AT, 1.3X AT dan 1.3V AV yang dijual pada harga bermula RM37,670.90 hingga RM53,425.90 (atas jalan dengan insurans).

Dua warna badan yang merupakan ciri baharu Bezza – Garnet Red dan Granite Grey, tambahan kepada empat warna sedia ada iaitu Sugar Brown, Ocean Blue, Glittering Silver dan Ivory White.

Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 kini memasuki barisan Perodua Bezza menerusi varian AV, menjadikannya sedan dengan ciri termaju yang mampu milik di Malaysia.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut atau ingin melihat sendiri keunikan Perodua Bezza 2020 ini, orang ramai dipelawa mengunjungi bilik pameran Ngu Chung Beng & Sons Corporation Sdn Bhd di Jalan Salim.

Bilik pameran dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang Isnin-Sabtu manakala hari Ahad dan cuti umum dibuka dari jam 8 pagi 12 tengah hari.