Anda di sini

18 Sahabat SANZAC terima apresiasi sebagai tanda penghargaan

Advertisement
 Husaini (tengah berdiri) merakamkan gambar kenangan bersama-sama para penyumbang dan para pelajar yang yang mewakili negara 'I Can Children Global Summit' di Italy.
ALBUM: Husaini (tengah berdiri) merakamkan gambar kenangan bersama-sama para penyumbang dan para pelajar yang yang mewakili negara 'I Can Children Global Summit' di Italy.

SEBANYAK 18 agensi kerajaan, badan korporat dan individu diraikan dalam Majlis Apresiasi Sahabat SANZAC yang di Dewan Terbuka SMK SANZAC, hari ini.

Majlis khas itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak dalam menyokong dan menjayakan pelbagai program sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan malah di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2019.

Pengetua Cemerlang Jusa C, SMK SANZAC Kota Kinabalu Dr Shirley Tay Siew Hong berkata, sepanjang tahun lalu pelbagai pencapaian telah dicapai meliputi pencapaian guru-guru dan murid-murid.

"Antara pencapaian yang membanggakan adalah mewakili Malaysia ke pertandingan SEAMEO-Japan ESD Award 2019 di Bangkok, Thailand dengan mendapat tempat kedua.

"Pingat Emas serta Anugerah Khas melalui pencapaian Kumpulan Guru Inovatif SMK SANZAC di Korea Selatan.

"Serta SMK SANZAC turut mewakili Malaysia sebagai Top 10 Finalists dalam 'I Can Children Global Summit' di Rome, Italy melalui dua projek yang diadakan pada 26 November hingga 1 Disember yang lalu," katanya.

 Janis (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Husaini (kanan).
CENDERAHATI: Janis (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Husaini (kanan).

Dua projek berkenaan adalah Caring Hearts, Cleaner Society iaitu satu projek berkaitan dengan mencintai alam sekitar yang memfokuskan kepada pengurangan plastik sekali guna (single used plastics) dan usaha untuk 'upcycle' plastik yang terpakai.

Manakala projek kedua adalah C'mon Let's Read adalah satu program membaca yang memperlihatkan sekumpulan murid, iaitu the 'Reading Buddies' menghasilkan bahan bacaan dalam bentuk buku mini yang mana 'Reading Buddies' memainkan peranan sebagai mentor dan membimbing kumpulan murid yang masih lemah dalam kemahiran membaca.

"Kedua-dua projek ini dilaksanakan secara berterusan dan akan dinaiktaraf mengikut keperluan semasa," jelasnya.

Pada majlis itu, Dr Shirley turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pihak sekolah.

 Janis (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Pengerusi Eksekutif, MARMAZ Group Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Marajoh Unding.
CENDERA KENANGAN: Janis (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Pengerusi Eksekutif, MARMAZ Group Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Marajoh Unding.

Harapan beliau agar sumbangan, bantuan dan sokongan yang diberikan akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan para ibu bapa dan komuniti setempat.

Hadir merasmikan majlis itu ialah Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Mohd Sahari.

Antara yang diraikan adalah penyumbang daripada Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah, Pejabat Parlimen Putatan, Pejabat ADUN Likas, MARMAZ Group Holdings Sdn Bhd, Kwantas Corporation Berhad, Bank Rakyat Cawangan Kota Kinabalu, Syarikat Seniwarna, Mimie Enterprise, Harmoni Cake House, Borneo Renjers, Amin Jaya, Nowenna Willie D.Tamsin, Borneo Teman Sdn Bhd, K Bookstore (KK) Sdn. Bhd, Cemerlang Saintifik (Sabah) Sdn Bhd, Koperasi SMK SANZAC Berhad serta Persatuan Alumni dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK SANZAC.

Hadir sama, Yang Dipertua PIBG SMK SANZAC Janis Abdullah serta Pengerusi Alumni SMK SANZAC Noor Salleh Tamanong. - Artikel Jabatan Penerangan

 Wakil Pejabat ADUN Likas Tan Kim Poh (kanan) menerima cendera kenangan dairpada Janis.
TERIMA KASIH: Wakil Pejabat ADUN Likas Tan Kim Poh (kanan) menerima cendera kenangan dairpada Janis.
Advertisement