Anda di sini

POPULAR sasar kumpul 12,000 buku baharu untuk pelajar luar bandar

Advertisement
 POPULAR sasar sumbang 12,000 buah buku baharu untuk pelajar luar bandar.
TANGGUNGJAWAB KORPORAT: POPULAR sasar sumbang 12,000 buah buku baharu untuk pelajar luar bandar.

KUALA LUMPUR: Popular Book Co (M) Sdn Bhd (POPULAR) menyasarkan sumbangan 12,000 buah buku baharu menerusi kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘New Books, New Joy’ yang berlangsung sehingga 29 Februari depan.

POPULAR menerusi satu kenyataan akhbar berkata, pihaknya sedia menyumbangkan sebanyak 1,000 buah buku di samping turut menerima sumbangan daripada sembilan syarikat penerbitan tempatan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 1,900 buah buku.

Katanya, inisiatif pemberian buku baharu ini adalah bagi membantu menyemai minat dan sikap membaca dalam kalangan kanak-kanak luar bandar.

“Orang ramai yang ingin menyumbangkan buku boleh berbuat demikian dengan membeli bahan bacaan terpilih untuk kanak-kanak dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina (Primary 1-3 & 4-6) di mana-mana cawangan POPULAR/HARRIS di seluruh Malaysia.

“Buku-buku ini boleh dikenal pasti dengan mudah kerana telah dilabel dengan pelekat berbentuk hati.

“Pembelian ini turut disertakan dengan penanda buku istimewa di mana pembeli boleh meninggalkan mesej di ruangan khas pada penanda buku itu untuk dikirimkan kepada penerima bahan bacaan berkenaan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, setiap sumbangan bagi lima buah buku akan membolehkan orang ramai menerima baucar RM5 sebagai tanda penghargaan daripada pihak POPULAR.

“Baucar ini boleh ditebus di mana-mana kedai buku POPULAR,” katanya.

Advertisement