Anda di sini

Pemandu mabuk rempuh pelancong di Alpine Itali, enam maut

Advertisement
 Seorang wartawan membuat liputan berdekatan kereta ‘carabinieri’ Itali dengan lilin dan jambangan bunga diletakkan di tempat kejadian di Via Aurina SS 621, Lutago, Tyrol Selatan kelmarin. — Gambar AFP
TRAGIK: Seorang wartawan membuat liputan berdekatan kereta ‘carabinieri’ Itali dengan lilin dan jambangan bunga diletakkan di tempat kejadian di Via Aurina SS 621, Lutago, Tyrol Selatan kelmarin. — Gambar AFP

ROM: Seorang pemandu mabuk merempuh ke arah pejalan kaki di sebuah perkampungan Alpine Itali kelmarin, membunuh enam pelancong Jerman dan mencederakan 11 orang lagi, menurut pihak berkuasa.

Kemalangan berlaku pada kira-kira jam 1.15 pagi waktu tempatan di perkampungan Lutago berhampiran sempadan Austria di sebuah kawasan terkenal di kalangan peluncur salji.

Sekumpulan pelancong Jerman yang baharu keluar dari sebuah bas ulang-alik ketika mereka pulang ke hotel selepas berada di sebuah kelab malam sepanjang petang ketika kereta melanggar mereka dengan kelajuan tinggi, menyebabkan beberapa orang daripada mereka terpelanting sejauh beberapa meter.

Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte dalam satu kenyataan menyuarakan ucapan takziah yang paling ikhlas buat keluarga pelancong muda dari Jerman, mengha-rapkan mereka yang tercedera agar cepat sembuh.

“Saya bersedih bersama mereka yang telah kehilangan anak-anak, saudara, rakan-rakan mereka, pada malam ini,” Kaunselor Jerman Angela Merkel menambah di dalam Twitter.

Enam rakyat Jerman terbunuh, seorang anggota bomba di Lutago memberitahu AFP.

Sebelas orang lagi terce-dera, dua daripada mereka mengalami kecederaan serius dan diterbangkan dengan helikopter ke hospital di bandar Innsbruck, Austria.

Mereka sedang bertarung nyawa, menurut kepada pejabat pendakwa raya di Bolzano.

Ketua tempatan bagi pasukan polis separa tentera ‘carabinieri’ di Itali memberitahu AFP bahawa pemandu terbabit, seorang penduduk tempatan berusia 27 tahun, telah didakwa dengan pembunuhan dan dimasukkan ke hospital di bawah kawalan polis.

Pejabat pendakwa raya menyatakan pemandu mempunyai di antara 1.9 dan 2.0 gram bagi seliter alkohol di dalam darahnya, kira-kira empat kali ganda paras maksimum yang dibenarkan.

Dia mungkin berdepan satu hukuman penjara lebih 18 tahun, tambahnya.

“Saya baharu menurunkan remaja tersebut ketika saya melihat sebuah kereta datang dalam keadaan yang amat laju,” pemandu bas memberitahu akhbar Itali Corriere della Sera.

“Saya menyalakan lampu depan bagi memaklumkan kepada pemandu terbabit agar memperlahankan kenderaannya.

“Beberapa saat kemudian saya melihat remaja malang tersebut terhumban ke udara di hadapan saya,” tambahanya lanjut.

Kira-kira 160 pekerja kecemasan telah datang untuk membantu selepas kemalangan dan sebuah ruangan hospital sementara didirikan di tepi jalan.

“Satu tempat kejadian yang teruk, orang ramai membanjiri kawasan itu, mangsa menangis dalam kesakitan, satu tragedi, kami tidak mempunyai sebarang kata-kata,” seorang penyambut tetamu hotel memberitahu Corriere della Sera.

“Kami telah menanyakan beberapa kali untuk satu radar di jalan raya ini semasa pemandu yang memecut laju sebaik sahaja mereka meninggalkan Lutago dan di sini, satu kilometer dari pusat, mereka bergerak dengan kelajuan 100 kilometer sejam.”

“Tahun Baharu telah bermula dengan satu tragedi,” gabenor Tyrol Selatan Arno Kompatscher memberitahu wartawan.

Tyrol Selatan adalah sebuah wilayah yang kebanyakannya menggunakan bahasa Jerman memperolehi satu darjah autonomi yang tinggi daripada Rom, dikenali terutama bagi rangkaian gunung Dolomites.

Pegawai Jerman menyatakan konsulat di negeri di Milan telah berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan kakitangan sedang membantu penduduk yang terjejas.

Lutago, di lembah menarik Aurina, terkenal dengan pelancong yang meluncur di Klausberg dan Speikboden.

Kampung mempunyai kira-kira 800 penduduk merupakan lokasi bagi satu siri televisyen terkenal di Itali ‘Un Passo dal Cielo’ (Selangkah ke Syurga).

Pada minggu lepas, tiga rakyat Jerman, seorang wanita dan dua budak perempuan, seorang berusia tujuh tahun, telah terbunuh dalam satu runtuhan salji di Tyrol Selatan. — AFP

Advertisement