Anda di sini

Lydia juara Bakat Kamek 2019 mahu teruskan kerjaya dalam nyanyian

Advertisement
 Lydia Shafrina Suhaili, juara program realiti pertama Bakat Kamek 2019  kategori nyanyian.
MAHU TERUS JADI PENYANYI: Lydia Shafrina Suhaili, juara program realiti pertama Bakat Kamek 2019 kategori nyanyian.

KUCHING: Lydia Shafrina Suhaili, juara program realiti pertama Bakat Kamek 2019  kategori nyanyian merancang untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang nyanyian.

Berbakat besar dalam bidang nyanyian, Lydia, 24, dari Kuching tidak menyangka merangkul gelaran juara bagi program tersebut.

“Bakat Kamek merupakan platform yang baik untuk saya dan rakan-rakan yang lain mengembangkan bakat nyanyian kami dan saya sangat bersyukur dinobatkan sebagai juara,” katanya.

Mengakui saingan sangat sengit, Lydia berkata beliau pernah mengikuti program nyanyian lain sebelum ini tetapi rezeki tidak berpihak kepadanya.

Selepas kejayaan dalam Bakat Kamek ini, Lydia berharap dapat meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian dan akan menyambung pelajaran menggunakan biasiswa yang ditawarkan oleh Kolej SIDMA.

Sementara itu, juara kategori komedi Kumpulan Perey yang merupakan gandingan pelawak Mazlan Rosli dan Aswandy Mohamad Zeidil turut berazam untuk meneruskan kerjaya sebagai pelawak.

Bergandingan buat pertama kalinya bagi program Bakat Kamek, Mazlan dan Aswandy merancang untuk terus kekal sebagai duo selepas ini.

“Ini merupakan gandingan pertama kami untuk persembahan komedi dan kami tidak menyangka gandingan ini berjaya sehingga dinobatkan juara Bakat Kamek kategori komedi,” kata Aswandy.

Aswandy dan Mazlan turut berterima kasih kepada penganjur program Bakat Kamek yang membuka platform untuk mereka menunjukkan bakat dalam bidang komedi.

Mereka turut berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk mencungkil lebih ramai bakat dalam bidang persembahan komedi.

Program Bakat Kamek merupakan program pencarian bakat realiti pertama Sarawak untuk mencungkil bakat seni anak Sarawak.

Inisiatif Old Kuching Smart Heritage di bawah Kerajaan Negeri, program ini berjaya menarik lebih 50,000 orang pengikut di media sosial.

  • oleh
  • Advertisement