Anda di sini

LoveBond Care Centre tawar khidmat penjagaan ibu selepas bersalin

Advertisement
 Betty (kiri) dan Jean (dua kiri) bergambar bersama sebahagian kakitangan LoveBond Care Centre di dalam salah sebuah bilik untuk ibu bersalin di Kuching semalam.
MULA BEROPERASI: Betty (kiri) dan Jean (dua kiri) bergambar bersama sebahagian kakitangan LoveBond Care Centre di dalam salah sebuah bilik untuk ibu bersalin di Kuching semalam.

KUCHING: Perkhidmatan pakar dalam penjagaan ibu selepas bersalin LoveBond Care Centre sudah memulakan pengoperasian sejak semalam dengan menawarkan pengurangan bayaran RM1,000 bagi 10 pelanggan pertama.

Menurut Pengarah Urusan LoveBond Care Centre, Betty Kho, beliau dan rakannya Jean Ting menawarkan perkhidmatan eksklusif bagi golongan ibu agar mereka berupaya mendapat pemulihan sepenuhnya dan sihat.

“Pihak kami telah membangunkan setiap bilik dan ruangan tiga tingkat ini de-ngan menepati setiap pia-waian yang telah dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Kementerian Kesihatan.

“Bahkan, perkhidmatan daripada kakitangan seramai enam orang merupakan daripada kalangan profesional dalam bidang kesihatan yang masih mempunyai lesen sah amalan selain kelayakan Pendidikan Awal Kanak-kanak,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo pada perasmian pembukaan LoveBond Care Centre di sini.

LoveBond Care Centre terletak di Tingkat 1, Sublot 15, Cha Yi Goldland, Jalan Tun Jugah berhadapan dengan pusat komersil RH Plaza, BDC.

Pihaknya memulakan ope-rasi setiap hari selama 24 jam dan berupaya menempatkan sekurang-kurangnya 12 ibu dan 15 bayi (termasuk kembar) pada satu-satu masa dengan 12 jenis bilik yang berbeza.

“Bilik yang disediakan adalah mengikut kesesuaian ibu yang bersalin, dan 28 hari semasa tempoh berpantang selepas bersalin adalah amat penting supaya ibu pulih dan tidak lemah.

“Di sini urutan badan disediakan mengikut pakej yang disukai pelanggan dan terdapat taman di ruangan atap bangunan ini dan sebuah ruangan makan selain terdapat pakej istimewa produk penjagaan diri bagi ibu bernilai RM350.

“Perkhidmatan lain termasuk penjagaan kejururawatan profesional, penjagaan bayi dengan pemantauan ke-sihatan harian, lima makanan berkhasiat yang disediakan setiap hari, pemantauan CCTV, bilik tidur berasingan menggunakan kad akses.

“Perkhidmatan kemas bilik harian, Pensterilan UV-Ray, bengkel, ceramah dan banyak lagi.

Di bawah pakej tersebut, ibu yang menginap boleh memilih bilik Super Single Bed atau pilihan Queen Bed, masing-masing biasanya berharga RM7,999 dan RM8,999,” katanya.

Ciri-ciri dalam bilik termasuk pemantauan bayi melalui aplikasi telefon pintar, televisyen skrin rata 32 inci, akses WiFi tanpa had dan butang panggilan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016-8901382 (Betty) atau 019-8194190 (Jean), atau e-mel ke [email protected].

  • oleh
  • Advertisement