Anda di sini

Gempa bumi kuat 6.3 skala Richter goncang utara Sumatera

Advertisement
 
 

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggoncang utara Sumatera, Indonesia pada 2.05 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 67 kilometer (km) tenggara dari Simeulue, Indonesia pada kedalaman 37km.

Kenyataan itu menyebut gegaran turut dirasai sekitar Pulau Pinang, namun ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama 

Advertisement