Anda di sini

Penyerang berpisau di selatan Paris dipercayai pengganas

Advertisement
 Gambar serahan sumber AFP Jumaat lalu menunjukkan suspek terlentang mati selepas ditembak polis di Villejuif, pinggir Paris. — Gambar AFP
SERANGAN MENGEJUT: Gambar serahan sumber AFP Jumaat lalu menunjukkan suspek terlentang mati selepas ditembak polis di Villejuif, pinggir Paris. — Gambar AFP

CRTEIL: Pihak penyiasat antikeganasan Perancis menyatakan kelmarin mereka telah mengambil alih siasatan terhadap satu serangan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan pisau yang membunuh seorang mangsa berjalan dengan isterinya di sebuah taman di selatan Paris sebelum ditembak mati polis.

Pihak polis menyatakan lelaki tersebut, dikenali sebagai Nathan C., 22, telah menyerang beberapa orang ketika waktu makan tengah hari pada Jumaat lepas di subbandar Villejuif dan mereka pada mulanya menganggap insiden tersebut sebagai satu jenayah bukannya insiden pengganas.

Namun dalam satu kenya-taan, badan siasatan antipengganas negara Perancis (PNAT) menyatakan bahawa ketika Nathan C. diketahui mempunyai masalah psikiatri, bukti yang membimbangkan turut muncul mengenai penukaran agamanya kepada Islam dan fahaman radikalisasi.

“Siasatan selama beberapa jam lepas telah membenarkan kami untuk menentukan bahawa suspek sememangnya bersifat radikal (dan bagi menunjukkan) membuat perancangan rapi sebelum melancarkan serangan tersebut,” menurut kenyataan berkenaan.

Sebelum itu seorang majistret tempatan memberitahu sidang media bahawa Nathan C. telah melaungkan ‘Allahu Akbar’ (Allah Maha Besar) semasa serangan.

Nathan C. memeluk Islam pada pertengahan 2017 dan dipercayai menghidap masalah psikiatri yang serius sejak kecil, dengan beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Pada Jun lepas dia telah menghentikan rawatan yang diterimanya.

Pihak polis menemui hasil tulisan sastera dinyatakan sebagai Salafis di dalam beg selepas serangan, Philippe Bugeaud dari polis siasatan Paris memberitahu sidang media.

Terdapat juga sekeping surat dengan ayat-ayat tipikal mengenai seorang lelaki Islam yang menyebat dirinya sendiri dan yang mengetahui bahawa dia akan menerima hukuman, tambah Bugeaud.

Pangsapuri Nathan C. di Paris turut memaparkan petunjuk bahawa ia tidak akan didiami lagi, kata majistret Laure Beccuau.

Nathan C. dikatakan tidak mengapa-apakan orang pertama yang mengaku dirinya Islam dan mengucap dua kalimah syahadah, kata beliau.

Dia kemudian menyerang satu pasangan, membunuh si suami dan mencederakan si isteri dengan serius sebelum mencederakan seorang wanita yang berjoging di belakang kedua-dua mangsa.

Beccuau menyatakan dua wanita terbabit telah dibenar untuk meninggalkan hospital.

Perancis kekal dalam kea-daan amat berwaspada selepas berdepan rangkaian serangan ekstremis sejak 2015, dengan lebih 250 orang terkorban secara keseluruhannya. — AFP

Advertisement