Anda di sini

Putus kaki akibat dirempuh pacuan empat roda

Advertisement
 Mangsa putus kaki akibat kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda.
PARAH: Mangsa putus kaki akibat kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda.

BELURAN: Seorang penunggang motosikal putus kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sapi-Nangoh-Paitan, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata,  mangsa seorang lelaki berumur 28 tahun mengalami kecederaan parah akibat putus kaki sebelah kanan.

“Dalam kejadian di Jalan Sapi-Nangoh-Paitan berhampiran Ladang Ikatan Kayangan menghala ke Sandakan, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berumur 38 tahun telah mengalami masalah pecah tayar sebelah kanan bahagian hadapan mengakibatkan hilang kawalan,” katanya.

Beliau berkata kereta pacuan empat roda itu telah memasuki Lorong bertentangan dan merempuh sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa.

“Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu menyebabkan mangsa digilis dan mengakibatkan kaki sebelah kanan putus,” katanya.

Kasim berkata siasatan awal polis mendapati tempat kejadian merupakan laluan selekoh serta merupakan lorong dua hala.

“Mangsa yang cedera parah kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



 

  • oleh
  • Advertisement