Anda di sini

Serangan AS ragut nyawa komander tertinggi Iran

Advertisement
 Bendera olok-olok AS dibentangkan di atas jalan raya di Baghdad, Iraq semalam ekoran kematian komander tertinggi Iran dalam serangan AS ke atas konvoinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad. — Gambar Ahmad Al-Rubaye/AFP
PROTES: Bendera olok-olok AS dibentangkan di atas jalan raya di Baghdad, Iraq semalam ekoran kematian komander tertinggi Iran dalam serangan AS ke atas konvoinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad. — Gambar Ahmad Al-Rubaye/AFP
QASEM SOLEIMANI
QASEM SOLEIMANI

BAGHDAD: Komander tertinggi Iran Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas lapangan terbang antarabangsa di Baghdad semalam, dalam pe-ningkatan ketegangan yang dramatik antara Washington dan Tehran, kata pasukan separa tentera yang berkuasa di Iraq Hashed al-Shaabi.

Timbalan ketua Hashed turut terkorban dalam sera-ngan itu, yang berlaku selepas kumpulan pro-Iran pada minggu ini menyerang kedutaan AS selepas serangan udara oleh AS ke atas puak tegar Hashed.

“Timbalan ketua Hashed, Abu Mahdi al-Muhandis, dan ketua Pasukan Quds, Qasem Soleimani, terkorban dalam serangan AS yang menyasarkan kereta mereka di atas jalan raya Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad,” kata Hashed dalam satu kenyataan pada awal semalam.

Lapangan terbang telah diserang dengan beberapa misil sejurus selepas waktu tengah malam, umum  tentera Iraq.

Sumber keselamatan memberitahu AFP pengeboman telah mengenai konvoi Hashed dan mengorbankan lapan orang, termasuk beberapa “pegawai penting”.

Hashed adalah satu rangkai-an bagi unit-unit bersenjata yang kebanyakannya penga-nut Syiah, ramai daripada mereka mempunyai ikatan sangat rapat dengan Tehran namun telah secara rasmi diserapkan ke dalam pasukan tentera negara Iraq.

Unit-unit tersebut me-nyertai pasukan tentera bagi menentang kumpulan Daesh (IS) pada 2014 namun ramai daripada mereka memperoleh pengalaman dalam pertempuran selama beberapa tahun peperangan di Iraq, termasuk menentang tentera AS.

Muhandis merupakan timbalan ketua Hashed namun telah diiktiraf sepenuhnya sebagai perancang utama dalam kumpulan tersebut.

Soleimani mengetuai Pasukan Quds dalam Kor Pengawal Revolusionari Islam dan turut berkhidmat sebagai perunding Iran mengenai Iraq, telah melawat negara itu beberapa kali ketika ke-tegangan.

Kedua-dua mereka telah dikenakan sekatan oleh AS.

Tidak ada komen lanjut oleh pihak AS mengenai perkembangan tersebut, yang muncul selepas satu serangan yang tidak dijangka dalam misinya di Baghdad.

Sekumpulan perusuh pro-Hashed telah mengepung kedutaan AS pada Selasa dalam kemarahan terhadap serangan udara AS yang me-ngorbankan 25 pejuang puak Kataeb Hezbollah dalam rangkaian tersebut, yang disokong oleh Iran.

AS telah bertindak balas kepada satu serangan roket beberapa hari sebelumnya yang mengorbankan seorang kontraktor rakyat AS yang bertugas di Iraq.

Presiden AS Donald Trump mempersalahkan Iran ke atas serangan roket yang me-nyasarkan pasukan tentera AS termasuk pengepungan ke atas kedutaan, menyatakan: “Mereka akan membayar satu NILAI YANG SA-NGAT TINGGI! Ini bukannya satu Amaran, ini adalah satu Ancaman.”

Kelmarin, Setiausaha Per-tahanan AS Mark Esper memberitahu wartawan mungkin terdapat lebih banyak serangan daripada kumpulan yang disokong oleh Iran namun berjanji bahawa pasukan tentera AS akan memberikan respons.

“Kami telah bersedia untuk melakukan pertahanan diri, menghalang sikap buruk selanjutnya daripada kumpulan ini, semua yang telah dibiayai, diarahkan dan mendapat sumber dari Iran,” tegasnya.

Serangan ke atas kedutaan menunjukkan siri ketegangan baharu dalam hubungan AS-Iraq, yang menurut pegawai kedua-dua negara adalah yang “paling dingin” sejak bertahun-tahun.

AS mengetuai penaklukan 2003 terhadap diktator ketika itu, Saddam Hussein, dan telah bekerjasama dengan pegawai Iraq sejak itu.

Namun pengaruhnya telah berkurangan berbanding dengan Tehran, yang telah membentuk hubungan pe-ribadi secara berhati-hati dengan ahli politik Iraq dan puak bersenjata, malah ketika pemerintahan Saddam.

Kedua-dua Washington dan Tehran menyokong pa-sukan tentera Iraq menentang kumpulan IS, namun kedua-dua pihak telah bertelagah sejak AS menarik balik perjanjian nuklear dengan Iran pada 2018.

Pihak berkuasa Iraq berasa bimbang bahawa negara mereka mungkin akan digunakan sebagai arena bagi menyelesaikan perbalahan antara Iran dan AS. — AFP

Advertisement