Anda di sini

Pegawai tertinggi tentera Taiwan antara korban nahas helikopter

Advertisement
 Gambar serahan Jabatan Bomba Daerah Yilan semalam menunjukkan anggota bomba memeriksa bangkai helikopter yang terhempas di gunung di Yilan dekat Taipei, Taiwan dan membunuh beberapa orang termasuk Shen (sisipan). — Gambar AFP
MALANG: Gambar serahan Jabatan Bomba Daerah Yilan semalam menunjukkan anggota bomba memeriksa bangkai helikopter yang terhempas di gunung di Yilan dekat Taipei, Taiwan dan membunuh beberapa orang termasuk Shen (sisipan). — Gambar AFP

TAIPEI: Pegawai tertinggi tentera Taiwan dan tujuh orang lain maut selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan pergunungan semalam, kata kementerian pertahanan.

Ketua kakitangan jene-ral Jeneral Shen Yi-ming terkorban selepas helikopter UH-60M Black Hawk terhempas di kawasan pergunungan berhampiran Taipei, menurut jurucakap kementerian pertahanan Shih Shun-wen. Lima lagi telah diselamatkan.

Shen, 62, dan beberapa pegawai tertinggi angkatan tentera sedang menjalani misi rutin untuk melawat askar di daerah timur laut Yilan menjelang Tahun Baharu Cina pada hujung bulan ini.

Komander tentera udara Hsiung Hou-chi berkata pesawat itu hilang dari radar tidak sampai 15 minit selepas ia berlepas dan kementerian sudah menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat insiden itu.

“Operasi mencari dan menyelamat masih dijalan-kan. Kita sedang menyiasat sama ada puncanya adalah alam sekitar atau mekanikal. Keadaan pesawat adalah tidak ideal,” kata Hsiung kepada pemberita.

Seorang pegawai tentera udara berkata beberapa orang “terperangkap di bawah serpihan helikopter” tanpa menjelas lanjut.

Hou You-yi, datuk bandar New Taipei City di mana lokasi nahas terletak, sebelum ini berkata 11 orang telah diselamatkan manakala dua lagi masih belum dapat dikesan tanpa menyebut nama mereka.

“Hujan turun di kawasan pergunungan sejak beberapa hari lalu, jalan gunung becak dan sangat curam. Kita sedang mengejar masa,” kata Chen Chung-chi, seorang penyelia operasi.

Pejabat Presiden Tsai Ing-wen berkata beliau telah membatalkan baki jadualnya semalam untuk memantau usaha menyelamat. — AFP

Advertisement