Anda di sini

Mariah Carey artis pertama dengan lagu No.1 empat dekad berbeza

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 31 Disember 2017 menunjukkan Mariah Carey membuat persembahan semasa sambutan Ambang Tahun Baharu di Times Square, New York. Mariah Carey mencipta sejarah sebagai artis pertama mengungguli carta Billboard dalam empat dekad berasingan. — Gambar AFP
REKOD BAHARU: Gambar fail yang diambil pada 31 Disember 2017 menunjukkan Mariah Carey membuat persembahan semasa sambutan Ambang Tahun Baharu di Times Square, New York. Mariah Carey mencipta sejarah sebagai artis pertama mengungguli carta Billboard dalam empat dekad berasingan. — Gambar AFP

DIVA pop Mariah Carey mempunyai senarai lagu hit yang panjang sejak sekian lama, namun lagu percutian klasiknya telah membantu beliau mencipta sejarah sebagai artis pertama mengungguli carta Billboard dalam empat dekad berasingan.

‘All I Want For Christmas Is You’ merupakan lagu nombor satu di Billboard Hot 100 untuk minggu bertarikh 4 Januari 2020, berdasarkan jualan, ‘airplay’ di radio dan data striming, iaitu dalam minggu ketiganya mengungguli carta.

Ini bermakna Carey mempunyai lagu nombor satu dalam tahun 1990-an, 2000-an, 2010-an dan 2020-an.

Lagu gembira yang rancak itu dikeluarkan buat pertama kali pada tahun 1994 dan sekali lagi menjadi siulan selepas dimuatkan dalam runut bunyi untuk filem ‘Love, Actually’ pada tahun 2003.

Namun ia hanya mengungguli carta buat pertama kali pada penghujung tahun 2019 berikutan perubahan peraturan Billboard mengenai lagu apa yang boleh dimasukkan ke dalam senarai lagu teratas.

Carey mengeluarkan video muzik baharu untuk lagu itu, yang termasuk dalam peletakan Hot 100, dan mengeluarkan lagu itu sebagai satu single CD buat pertama kali.

Menurut Billboard, lagu itu adalah lagu hit nombor satu ke-19 beliau dan ini meletakkan beliau satu lagi lagu di belakang The Beatles yang memegang rekod untuk 20 lagu teratas.

Penyanyi itu, yang enggan mengesahkan sama ada usianya 49 atau 50 tahun kerana menurutnya, “masa bukan sesuatu yang saya akui”, tidak memberi maklum balas yang keterlaluan mengenai pencapaian baharunya itu.

“Yaaaaaaaaay!!! KITA. MELAKUKAN. NYA,” tulis Carey di Twitter, dengan diiringi emoji champagne dan parti. — AFP

Advertisement