Anda di sini

Liwat lima kali, memasukkan jari ke dalam dubur dua kali

Advertisement
 

KUCHING: Seorang penghuni pusat pemulihan di sini didakwa atas tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini kerana meliwat dan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang penghuni lelaki berusia 27 tahun.

Tertuduh berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila kesemua pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah. 

Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff kemudian menetapkan 30 Januari depan sebagai tarikh pengurusan kes. 

Beliau juga mengarahkan tertuduh untuk ditahan reman di penjara Puncak Borneo sementara menunggu tarikh sebutan kes seterusnya. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii tanpa kerelaan mangsa dengan meliwatnya lima kali. 

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan seksual dua kali dengan memasukkan jarinya ke dalam dubur mangsa tanpa kerelaannya.

Perbuatan terbabit didakwa dilakukannya bermula dari 20 hingga 24 Disember tahun lalu, jam 9 malam di asrama pusat pemulihan di Jalan Penrissen.

Tertuduh berhadapan lima pertuduhan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. 

Manakala bagi dua kesalahan seksual terbabit, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh disebat. 

Pada 26 Disember lalu, Ketua Polis Daerah Padawan Superitenden Aidil Bolhasan berkata mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Sentosa kira-kira pada pukul 3.20 petang. 

Tertuduh kemudian ditangkap serta direman selama tujuh hari.

Tertuduh tidak diwakili peguam. 

  • oleh
  • Advertisement