Anda di sini

Kerani mengaku tidak bersalah pecah amanah

Advertisement
 

KUCHING: Seorang kerani kedai borong mengaku tidak bersalah apabila didakwa oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan pecah amanah membabitkan nilai RM755.95, tiga tahun lalu.

Claudia Jiwan, 25, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Februari depan sebagai tarikh pengurusan kes, selain membenarkan dia dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM3,000. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pekerja syarikat yang diamanahkan, melakukan pecah amanah jenayah RM755.95 milik syarikat berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai borong di Bau Bazaar, pada 28 Ogos 2017. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Daniel Ilham Kamaruddin manakala tertuduh diwakili peguam, Francis Teron.

  • oleh
  • Advertisement