Anda di sini

Datuk bandar wanita pertama Bogota ikrar perangi rasisme, perbezaan kelas dan xenofobia

Advertisement
 Lopez (kiri) menerima selempang datuk bandar semasa upacara pelantikannya di Bogota, Colombia kelmarin. — Gambar Raul Arboleda/AFP
LANTIK: Lopez (kiri) menerima selempang datuk bandar semasa upacara pelantikannya di Bogota, Colombia kelmarin. — Gambar Raul Arboleda/AFP

BOGOTA: Datuk bandar wanita pertama Bogota, Claudia Lopez, memegang jawatan kelmarin dengan menjanji-kan kepimpinan di ibu negara Colombia yang bermasalah dan berikrar untuk memerangi “rasisme, perbezaan kelas dan kebencian kepada orang asing”.

Datuk bandar berhaluan kiri tengah itu, yang mengahwini teman sejantinanya pada bulan lepas, mengambil alih sebuah bandar raya yang telah menjadi tumpuan protes di seluruh negara menentang pemerintahan presiden berhaluan kanan, Ivan Duque.

Lopez, 49, melanggar tradisi dan mengadakan majlis mengangkat sumpah di taman Simon Bolivar di bandar raya itu yang dihadiri ratusan orang.

“Terima kasih kepda semua kerana menyertai saya pada saat yang istimewa dalam hidup saya ini dengan memilih saya sebagai wanita pertama – wanita pelbagai – sebagai datuk bandar dalam sejarah Bogota,” katanya kepada hadirin yang bersorak.

Pemilihan Lopez pada Oktober lalu merupakan satu daripada siri kegagalan bagi parti Pusat Demokrat pimpinan Duque yang memerintah negara dan hilang kuasa di beberapa bandar utama, dan ramai melihatnya sebagai pencabar yang semakin meningkat kepada kepimpinannya.

Dengan tujuh juta penduduk, ibu negara Colombia telah menjadi fokus utama bagi siri protes besar-besaran menentang pemerintahan Duque yang telah menggegarkan negara itu sejak enam minggu lepas.

Bandar raya itu mempunyai sesuku daripada 1.6 juta penduduk yang lari daripada krisis ekonomi di negara jiran Venezuela untuk mencari perlindu-ngan di Colombia.

Datuk bandar baharu mengemukakan “agenda perubahan” untuk penggalnya selama empat tahun, fokus kepada usaha memerangi keada-an tidak tenteram dan kesesakan lalu lintas, dan pada waktu yang sama mempromosi pekerjaan dan pendidikan percuma yang berkualiti.

Beliau juga menjanji-kan Bogota “yang lebih hijau” di bawah bim-bingannya sebagai datuk bandar.

Lopez mengahwini temannya Senator Angelica Lozano pada 16 Disember lepas.

Beliau memenangi pemilihan datuk bandar pada 27 Oktober lalu dengan hanya 35 peratus sahaja daripada undian dalam kemenangan yang tipis ke atas calon liberal, Carlos Fernando Galan. — AFP

Advertisement