Anda di sini

Perbalahan meruncing, Bolivia usir duta Mexico dan diplomat Sepanyol

Advertisement

LA PAZ: Presiden sementara Bolivia, Jeanine Anez, kelmarin mengumumkan negara itu akan mengusir duta Mexico dan dua di-plomat Sepanyol, yang mengundang tindak balas dari Madrid selepas perti-kaian mengenai cubaan untuk mengeluarkan seorang bekas pembantu kerajaan meruncing.

Perbalahan meletus selepas kerajaan sementara haluan kanan di Bolivia menuduh Sepanyol cuba mengeluarkan seorang bekas pembantu kepada bekas presiden Evo Morales dari kedutaan Mexico di La Paz.

Bekas menteri Juan Ramon Quintana sudah terperuk dalam kedutaan Mexico bersama kira-kira 10 lagi anggota kerajaan haluan kiri lama sejak mendapatkan perlindu-ngan suaka selepas Morales melepaskan kuasa pada 10 November lalu.

Quintana, seorang lagi bekas menteri Wilma Alanoca dan lain-lain telah didakwa atas kesalahan hasutan dan terorisme oleh kerajaan baharu, yang enggan memberikan laluan selamat untuk keluar dari negara itu.

Namun Bolivia marah dengan apa yang ia sebut sebagai cubaan oleh kakitangan kedutaan Sepanyol untuk menceroboh misi Mexico di La Paz pada Jumaat lepas untuk mengeluarkan Quintana, yang menjadi orang kanan Morales sejak awal pemerintahannya lagi.

“Kerajaan berperlemba-gaan yang saya ketuai telah memutuskan untuk mengisytiharkan sebagai ‘persona non grata’ duta Mexico di Bolivia, Maria Teresa Mercado, diplomat Sepanyol, Cristina Borreguero, dan konsul (Sepanyol) Alvaro Fernandez,” kata Anez.

Dia menuduh diplomat tersebut “menjejaskan de-ngan serius kedaulatan dan maruah rakyat dan kerajaan berperlembagaan Bolivia” dan memberi mereka masa 72 jam untuk meninggalkan negara.

Menteri Luar Bolivia, Karen Longaric, lewat kelmarin berkata pengusiran itu “tidak membayangkan sebarang pemutusan hubu-ngan diplomatik”.

Kementerian Luar Mexico mengecam keputusan “po-litik” itu dan berkata ia sudah mengarahkan Mercado untuk pulang ke tanah air.

Hubungan dengan Bolivia menjadi dingin sejak Mexico menawarkan suaka politik kepada Morales dan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menganggap bekas pemimpin itu sebagai mangsa rampasan kuasa.

Morales, yang meletak jawatan pada November lalu selepas protes selama berminggu-minggu berhubung pemilihan semula-nya yang kontroversi, dituduh melakukan hasutan dan terorisme dan kini hidup dalam buangan di Argentina. — AFP

Advertisement