Anda di sini

Nicaragua bebas 91 tahanan politik

Advertisement
 Jesus Tefel dan Olama Hurtado bergambar bersama anggota Nicaraguan Civic Alliance selepas dibebaskan dari penjara ‘El Chipote’, di mana 16 sukarelawan ditahan selama 46 hari kerana cuba menghantar air minuman kepada ibu tahanan politik yang melancarkan mogok lapar, di Gereja San Miguel di Masaya, Nicaragua kelmarin. — Gambar Inti Ocon/AFP
BEBAS: Jesus Tefel dan Olama Hurtado bergambar bersama anggota Nicaraguan Civic Alliance selepas dibebaskan dari penjara ‘El Chipote’, di mana 16 sukarelawan ditahan selama 46 hari kerana cuba menghantar air minuman kepada ibu tahanan politik yang melancarkan mogok lapar, di Gereja San Miguel di Masaya, Nicaragua kelmarin. — Gambar Inti Ocon/AFP

MANAGUA: Kerajaan Presiden Nicaragua Daniel Ortega kelmarin membebaskan 91 tahanan politik yang ditangkap ekoran operasi berdarah ke atas protes pada 2018 di negara Amerika Tengah itu.

Di antara mereka yang dibebaskan adalah ketua pelajar kelahiran Belgium, Amaya Coppens, kata ke-luarganya dan sebuah orga-nisasi hak tempatan.

Kementerian Dalam Negeri berkata seramai 91 “penentang” telah dibebaskan di bawah apa yang ia sebut sebagai “program kewujudan bersama keluarga khas”.

Naib Presiden Rosario Murillo, yang juga isteri Ortega, berkata langkah itu menunjukkan kerajaan mahu “menyumbang kepada perdamaian” selepas protes pembangkang menentang pemerintahannya selama lebih setahun.

Tentera rejim dan militia prokerajaan telah dipersalah-kan bagi lebih 300 kematian sejak April tahun lepas, apabila protes menentang Ortega berkembang menjadi pemberontakan yang dipatahkan dengan kejam.

Pengkritik menuduh Ortega, seorang bekas wira pemberontakan yang sudah memegang kuasa sejak 2007, mengamalkan pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat.

Dia dipilih semula pada 2016 bagi mandat yang mengekalkan kuasa di dalam tangannya sehingga 2021.

Coppens ditangkap pada pertengahan November lalu kerana menjadi anggota sebuah kumpulan sukarelawan yang cuba menghantar air minuman kepada ibu tahanan politik yang melancarkan mogok lapar.

“Saya berasa gembira untuk melihat keluarga saya dan juga marah untuk melihat bagaimana dua saudara saya diserang beberapa hari lalu,” kata Coppens kepada AFP sejurus selepas dia tiba di rumahnya di bandar utara Esteli.

Dia berkata beberapa saudaranya diserang oleh kum-pulan bersenjata sewaktu protes aman.

Coppens, 25, yang sudah dua kali dipenjara sejak dua tahun lalu kerana pera-nannya dalam protes anti-kerajaan, berkata dia akan terus menuntut “kebebasan, keadilan dan demokrasi di Nicaragua”.

Terdahulu ketua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Amerika Pablo Abrao menyifatkan pembebasan itu sebagai “berita baik untuk Nicaragua”.

Julio Montenegro, ketua ‘Defenders of the People’, sebuah organisasi kemanusiaan tempatan, berkata Coppens dan lain-lain akan dikenakan tahanan rumah dan sudah diserahkan kepada keluarga masing-ma-sing. — AFP

Advertisement