Anda di sini

‘The Rise of Skywalker’ ungguli box office Amerika Utara

Advertisement
 The Rise of Skywalker’ dibuka dengan anggaran AS75.5 juta dalam kutipan jualan tiket di Amerika Utara seperti yang dilaporkan oleh pemerhati Exhibitor Relations
FILEM NO.1: Gambar fail yang diambil pada 18 Disember 2019 ini menunjukkan pelakon British Daisy Ridley (kiri) dan John Boyega bergambar di acara permaidani merah sebaik tiba untuk tayangan perdana Eropah filem ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ di London. Kekuatan atau ‘force’masih lagi bersama ‘Star Wars’ selepas filem terbaharunya ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ dibuka dengan anggaran AS75.5 juta dalam kutipan jualan tiket di Amerika Utara seperti yang dilaporkan oleh pemerhati Exhibitor Relations

KEKUATAN atau ‘force’masih lagi bersama ‘Star Wars’ selepas filem terbaharunya ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ dibuka dengan anggaran AS$175.5 juta dalam kutipan jualan tiket di Amerika Utara seperti yang dilaporkan oleh pemerhati Exhibitor Relations pada Ahad.

Menurut Variety, filem Disney itu memperolehi penampilan sulung Disember ketiga terbesar di belakang dua babak terawal dalam trilogi sekuel ‘Star Wars’ iaitu ‘The Force Awakens’ dan ‘The Last Jedi’.

‘Rise of Skywalker’, yang diarahkan oleh J.J. Abrams dan dibintangi oleh Adam Driver, Mark Hamill, Daisy Ridley dan Oscar Isaac, dengan mudah mengetepikan saingan-saingan lain pada hujung minggu.

Kutipan jualan tiketnya di Amerika Utara hampir tujuh kali daripadan filem No.2, ‘Jumanji: The Next Level’, yang memperolehi AS$26.1 juta untuk tempoh dari Jumaat hingga Ahad.

Filem Sony yang diinspirasikan daripada permainan video itu dibintangi Jack Black, Dwayne (‘The Rock’) Johnson dan Kevin Hart.

Di tempat ketiga adalah sebuah lagi filem Disney, ‘Frozen II’ dengan AS$12.3 juta. Filem animasi yang membawa penonton kembali ke Arendelle dan dunia animasi penuh keajaiban Ratu Elsa (disuarakan oleh Idina Menzel) serta ahli kumpulannya.

Di tempat keempat adalah filem adaptasi pementasan Andrew Lloyd Webber ‘Cats’ daripada Universal dengan AS$6.5 juta. Tom Hooper, yang mendapat pujian untuk hasil kerjanya dalam ‘The King’s Speech’ dan ‘The Danish Girl’, mengarahkan filem berkenaan.

Namun, walaupun mempunyai barisan pelakon yang terdiri daripada bintang-bintang terkemuka termasuk Ian McKellen, Judi Dench, Jennifer Hudson, Idris Elba dan James Corden, filem muzikal itu mendapat ulasan yang sangat buruk.

Di tempat kelima adalah filem misteri pembunuhan ‘Knives Out’ daripada Lionsgate dengan AS$6.1 juta. Dalam filem itu, Daniel Craig berlakon sebagai seorang detektif Selatan yang diupah untuk merungkai misteri kematian berdarah seorang jutawan.

Melengkapkan 10 filem teratas adalah ‘Bombshell’ (AS$5.1 juta), ‘Richard Jewell’ (AS$2.6 juta), ‘Queen & Slim’ (AS$1.9 juta), ‘Black Christmas’ (AS$1.8 juta) dan ‘Ford v. Ferrari’ (AS$1.8 juta). — AFP

Advertisement