Anda di sini

Konsert akhir Gegar Vaganza musim ke-6 malam ini

Advertisement
 

KONSERT separuh akhir Gegar Vaganza Musim Keenam (GV6) bertemakan ‘Suara Komposer’ pada minggu lepas menyaksikan One Nation Emcees menduduki tempat teratas.

Persembahan cemerlang mereka menerusi lagu ‘Hati Emas’ yang pernah dipopularkan oleh komposer dan penyanyi tersohor, Dato’ M Nasir berjaya memukau barisan juri yang memberikan markah sebanyak 80%.

Dengan keputusan itu, One Nation Emcees layak ke pentas akhir GV6 pada malam ini bersama-sama lima penyanyi solo iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Sham (Visa), Jatt Ali dan Hady Mirza.

Persaingan akhir yang bakal diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menyaksikan para peserta diberi dua buah lagu tugasan iaitu secara solo dan ‘battle’.

Dalam persembahan solo, Hady Mirza akan menyanyikan lagu ‘Ku Bersuara’ (Ernie Zakri), Naqiu Boboy – ‘Srikandi Cintaku’ (Bloodshed), Jatt – ‘Without You’ (Harry Nilsson), One Nation Emcees – ‘Melompat Lebih Tinggi’ (Sheila On 7), Nurfatima – ‘Insan’ (Yantzen) dan Sham Visa – ‘Haruskah Diuji’ (Farish).

Sementara lagu untuk  Pusingan Battle (nama penyanyi belum didedahkan) adalah ‘Haa Tepok’ (MeerFly ft MK K-Clique & Kidd Santhe), ‘In The End’ (Linkin Park) dan ‘Angguk Angguk Geleng Geleng’ (Ahli Fiqir).

Penilaian juri profesional masih mengekalkan khidmat juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama juri undangan mingguan.

Jangan lupa untuk menonton sendiri siapa yang akan dinobatkan sebagai juara

GV6 dalam konsert akhir yang akan dikendalikan pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, malam ini jam 9 malam di Astro Ria, selain medium digital iaitu Youtube Astro Gempak dan laman sesawang rasmi GV2019.

Advertisement