Anda di sini

Pengarah, pelakon akui ‘Seberg’ relevan dengan isu semasa

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan Stewart dan Andrews tiba untuk tayangan perdana filem ‘Seberg’ semasa Festival Filem Venice di Itali.  — Gambar Reuters
RELEVAN: Gambar fail menunjukkan Stewart dan Andrews tiba untuk tayangan perdana filem ‘Seberg’ semasa Festival Filem Venice di Itali. — Gambar Reuters

BINTANG Hollywood Kristen Stewart membawa watak aktres Jean Seberg dalam sebuah filem aksi politik baharu yang menceritakan bagaimana FBI (Biro Siasatan Persekutuan) menyasari bintang New Wave berbangsa Perancis itu pada hujung tahun 1960an kerana hubungan romantis dan politik yang dia jalin dengan seorang aktivis hak sivil berbangsa Afrika Amerika.  

‘Seberg’ mengikuti ejen-ejen FBI yang memasang alat curi dengar di kediaman aktres itu untuk mendedahkan hubungannya dengan Hakim Jamal, lakonan Anthony Mackie, dan cuba memburukkannya.

Reuters bercakap dengan Stewart, Mackie dan pengarah Benedict Andrews tentang filem itu dan kerelevanannya pada hari ini.

Di bawah adalah petikan yang telah disunting bagi kepanjangan dan kejelasan.

S: Kenapakah anda fikir filem ini, yang berlatarbelakangkan tahun 1960an, adalah relevan sekarang?

Stewart: “Terdapat fahaman kemanusiaan (asas) tulen yang sedang dinafikan dengan bodoh sekali, dan ia tidak rasa seperti satu perbincangan politik, ia rasa seperti jawapan yang paling ketara bahawa semua kita harus dilayan sama rata ... saya membesar dengan fikiran bahawa itulah sepatutnya, bahawa ia seperti ‘ya sudah tentulah, ia seperti, perkauman sudah berakhir, kan?’ Tetapi, ia adalah tanggapan yang tidak munasabah dan ia sangat jelas masih ada dan benar-benar berleluasa dan teruk sekali.”

Andrews: “Ia agak luar biasa bagaimana sebuah cerita dari 1969 bercakap kepada kita tepat 50 tahun kemudian dan saya rasa bahawa dalam ceritanya dan dalam apa yang berlaku kepadanya, kita sedang melihat sejenis bentuk embrionik, budaya pengawasan yang kita alami sekarang. Kita juga melihat budaya berita palsu; kehidupannya dimusnahkan oleh satu pembohongan. Kita melihat pembohongan itu dibuat.”

S: Adakah anda fikir bahawa kita akan melihat lebih ramai pelakon melibatkan diri dalam politik?

Mackie: “Politik bukan kerja kita, politik adalah pilihan kita sebagai individu ... Masalahnya ialah sekarang terdapat terlalu ramai selebriti dalam politik – ahli politik kita adalah selebriti ... Ahli politik dan politik sepatutnya menjaga rakyat, tetapi sekarang, ia adalah mengenai sama ada POTUS (Presiden Amerika Syarikat) dapat memperolehi lima juta pengikut dalam Twitter ... Ia sepatutnya dua dunia yang berasingan sama sekali, politik dan hiburan.”

S: Bagaimana rasanya bekerja bersama Kristen Stewart?

Andrews: “Dia benar-benar mengenal pasti Jean dan amat memahaminya ... Filem ini tidak berminat dengan sekadar menampilkan potongan rambut yang betul dan rupa yang betul – dia memiliki itu, ia sudah pun lebih daripada bagus. Tetapi ia perlulah seseorang yang bersedia untuk mendedahkan kerumitan watak itu dan memiliki kesungguhan tulen yang sama dengan Jean, dan dia menakjubkan sekali.”

S: Adakah anda rasa Hollywood sedang berubah bagi kaum wanita?

Stewart: “Terdapat begitu banyak cara dan sumber yang belum diterokai di mana kita dapat hidup dalam cerita kita sendiri dan memiliki semula naratif kita dan ia seperti dapat dibuat sepenuhnya sekarang, dan, buat pertama kali, seperti selamanya.” — Reuters

Advertisement