Anda di sini

Seramai 300 peserta sertai Program Pendidikan dan Pembangunan Komuniti

Advertisement
 Sebahagian peserta terlibat gotong-royong pada Program Pendidikan dan Pembangunan Komuniti.
UTAMAKAN KEBERSIHAN: Sebahagian peserta terlibat gotong-royong pada Program Pendidikan dan Pembangunan Komuniti.

SARIKEI: Seramai 300 peserta menyertai Program Pendidikan dan Pembangunan Komuniti anjuran Majlis Daerah Sarikei (MDS) di Rumah Nyuka Itam, Lubok Lemba, Hulu Sarikei kelmarin.

Program itu bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di kawasan per-khidmatan dan pentadbiran MDS dalam usaha memperkasa masyarakat.

Ia turut memberi kesedaran dan pendidikan dalam aspek kesihatan, penjagaan kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar, keselamatan serta motivasi kepada komuniti tempatan.

Usaha itu meningkatkan pemahaman dan pengetahuan penduduk setempat berkaitan kesihatan, kese-lamatan dan gejala jenayah.

Aktiviti-aktiviti dijalankan termasuk sesi taklimat pelesenan anjing dan kebersihan persekitaran serta taklimat Polis Daerah Sarikei berkaitan jenayah komersil dan jenayah siber.

Taklimat Jabatan Bomba dan Penyelamat, bengkel masakan oleh Pejabat KEMAS Sarikei, sukaneka, senamrobik, gotong-royong dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Advertisement