Anda di sini

Pasangan warga emas terselamat kereta terjunam masuk sungai 

Advertisement
 Keadaan kereta mangsa selepas terjunam ke dalam sungai di Kampung Lumat Beaufort.
TERBABAS: Keadaan kereta mangsa selepas terjunam ke dalam sungai di Kampung Lumat Beaufort.

BEAUFORT: Dua warga emas dipercayai suami isteri terselamat selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai di Kampung Lumat di sini semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Donald SR Gans berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang membabitkan kedua-dua mangsa berumur dalam lingkungan 60-an.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam sungai.

"Semasa kejadian, sepasukan anggota dari BBP Beaufort sedang menjalankan pemantauan banjir sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa," katanya.

Beliau berkata anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kereta dan mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu luka di beberapa bahagian badan.

"Pasukan EMRS memberikan bantuan awal sebelum menghantar mangsa ke Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Setakat ini punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 4.30 petang," katanya.

  • oleh
  • Advertisement