Anda di sini

MDLBS berusaha membantu selesai isu sekatan jalan

Advertisement

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) berusaha membantu menyelesaikan isu sekatan jalan di Tanjung Penasu di sini dengan menjaga kepentingan semua pihak termasuk penduduk rumah panjang.

Pengerusinya Sempurai Pe-trus Ngelai berkata, beliau sudah bertemu dan berbincang dengan Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christopher Tegong mengenai isu itu.

Katanya, beliau sangat prihatin terhadap nasib me-nimpa penduduk Rumah Jalak Kusau dan Rumah Nita Seman yang terjejas akibat sekatan jalan tersebut.

“Secara umumnya, saya menghormati pendirian pemilik tanah dalam isu ini namun kita ambil kira hakikat lebih 300 penduduk me-merlukan jalan itu terutama ketika berlaku kecemasan atau bencana,” katanya.

Menurut Sempurai, bebe-rapa cadangan dikemukakan untuk diperhalusi dan diyakini dapat menyelesaikan isu itu.

“Namun cadangan itu, saya tidak dapat mendedahkannya kerana kita cuba selesaikan isu ini secara situasi menang-menang,” jelas beliau.

Katanya, jalan tersebut sememangnya sudah ada (dibina) dan lama digunakan penduduk kedua-dua rumah panjang terbabit.

Sempurai berkata, sekali-pun MDLBS kesuntukan menyelesaikan dokumen diperlukan namun beliau tetap optimis isu itu dapat ditangani secara baik tanpa sebarang persengketaan.

“Adalah menjadi tanggungjawab MDLBS memastikan segala urusan berkaitan de-ngan rakyat dipermudahkan dan sentiasa mengadakan rundingan bersama penduduk,” katanya. 

Sementara itu, Romeo berkata pihak berkuasa memerlukan ruang secukupnya menyelesaikan isu tersebut.

Jelas beliau, ketika ini usaha tertumpu kepada mengambil alih jalan itu dan pemberian pampasan kepada pemilik tanah.

“Sekiranya MDLBS bersetuju mengambil alih jalan itu mereka perlu membuat kertas cadangan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu untuk dinilai pampasan bagi tanah itu.

“Setelah jumlah pampasan dinilai baharulah proses pembayaran diluluskan oleh kerajaan negeri dan dibuat kepada pemilik tanah terbabit,” jelas beliau.

Katanya, hanya dengan cara itu jalan terbabit bebas daripada sebarang isu berbangkit.

Advertisement