Anda di sini

Lukisan tertua di dunia ditemui dalam gua Indonesia: Kajian

Advertisement
 Gambar Universiti Griffith kelmarin menunjukkan                 lukisan menggambarkan senario memburu pada zaman                      prasejarah dipercayai berusia hampir 44,000 tahun yang ditemui dalam gua di Sulawesi, Indonesia. — Gambar Ratno Sardi/AFP
TERTUA: Gambar Universiti Griffith kelmarin menunjukkan lukisan menggambarkan senario memburu pada zaman prasejarah dipercayai berusia hampir 44,000 tahun yang ditemui dalam gua di Sulawesi, Indonesia. — Gambar Ratno Sardi/AFP

JAKARTA: Satu lukisan gua di Indonesia yang menggambarkan senario memburu pada zaman prasejarah mungkin kerja seni kiasan tertua di dunia berusia hampir 44,000 tahun, yang menunjukkan budaya kesenian yang maju, menurut penyelidikan baharu.

Dijumpai dua tahun lalu di Pulau Sulawesi, lukisan seluas 4.5 meter itu memaparkan haiwan liar sedang dikejar oleh pemburu separuh manusia yang kelihatan membawa lembing dan tali, kata kajian berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal ‘Nature’ kelmarin.

Dengan menggunakan teknologi penentuan tarikh, pasukan di Universiti Griffith, Australia terbabit berkata ia mengesahkan lukisan gua batu kapur itu berusia sekurang-kurangnya 43,900 tahun pada waktu Paleolitik Atas.

“Senario pemburuan ini – menurut pengetahuan kami – kini merupakan rekod penceritaan bergambar tertua dan kerja seni kiasan paling awal di dunia,” kata penyelidik.

Penemuan itu dibuat selepas satu lukisan seekor haiwan dalam sebuah gua di Pulau Borneo bahagian Indonesia terdahulu ditentukan berusia sekurang-kurangnya 40,000 tahun.

Selama bertahun-tahun, seni gua disangka muncul dari Eropah, tetapi lukisan Indonesia telah mencabar teori itu.

Terdapat sekurang-ku-rangnya 242 gua atau tempat perlindungan dengan imej purba di Sulawesi sahaja, dan tapak baharu ditemui setiap tahun, kata pasukan itu.

Dalam senario terbaharu yang ditentukan usianya, pemburu digambarkan dalam warna merah gelap dengan badan manusia dan kepala haiwan termasuk burung dan reptilia.

Lukisan itu, yang ber-ada dalam keadaan buruk, membayangkan budaya ke-senian yang amat maju wujud kira-kira 44,000 tahun lalu, yang diselit dengan budaya rakyat, mitos keagamaan dan kepercayaan spiritual, kata pasukan itu.

“(Senario) itu boleh dianggap bukan sahaja sebagai seni kiasan bertarikh terawal di dunia tetapi juga bukti tertua bagi komunikasi naratif dalam seni Paleolitik,” kata penyelidik.

“Ini patut diberi perhatian, memandangkan keupayaan untuk mencipta cerita fiksyen mungkin peringkat terakhir dan pa-ling penting dalam sejarah evolusi bahasa manusia dan perkembangan corak kognisi ala moden.” — AFP

Advertisement