Anda di sini

Keningau jaguh pencak silat SAGA IX 2019 

Advertisement
 Skuad Keningau ungguli sukan pencak silat.
JAGUH SILAT: Skuad Keningau ungguli sukan pencak silat.

KENINGAU: Keningau muncul juara acara pencak silat Sukan Sabah (SAGA) IX 2019 yang melabuhkan tirai saingan di Dewan Masyarakat Tambunan semalam.

Pencak silat adalah sukan kedua menawarkan pingat terbanyak dengan 23 pingat emas dan Keningau mempamerkan kejaguhannya dengan merangkul enam emas, lima perak dan tiga gangsa.

Pencabar terdekat, Kota Marudu di tangga kedua dengan tiga emas, satu perak dan empat gangsa (3-1-4) manakala Lahad Datu (3-1-2) di kedudukan ketiga diikuti  Tawau (2-5-1), Kalabakan (2-0-1), Kinabatangan (1-2-2), Tuaran (1-1-1), Tambunan (1-0-4), Beaufort (1-0-3), Sandakan (1-0-3), Nabawan (1-0-1) dan Semporna (1-0-0).

Kota Kinabalu mengutip lima perak dan satu gangsa (0-5-1), Penampang (0-1-1), Kudat (0-1-0), Putatan (0-1-0), Ranau (0-0-4), Telupid (0-0-2), Tongod (0-0-2), Papar (0-0-1) dan Sipitang (0-0-1).

Pingat emas Keningau dimenangi Cirron Kimsun dalam  acara Silat Tanding (Olahraga) kategori Putra C , Zulaikha Waily (Silat Tanding Putri A), Mohd Aman Jinli (Solo Kreatif Putra), Jikoloney Didacus (Jurus Tunggal Putra), Regu Putra (Jikoloney, Mohd Rahmat, Cirron) dan Regu Putri (Nurshila Kinson, Siti Rapiah Ali Hanapia, Elia Koro).

 

Pingat perak Silat Tanding Putra C dimenangi Mohd Helmi (KK) manakala pemenang bersama gangsa ialah Mohd Shahri Azrai Anang (Sipitang) dan Mohd Arif Samsudin (K Marudu).

Pingat perak Silat Tanding Putri A dimenangi Nurkhairunisa Junaidi (Penampang), pemenang bersama gangsa Nurnajiha Erman (KK) dan Riya Fitrimah Jenory (K Marudu) manakala pingat perak Solo Kreatif Putra dimenangi Mohd Zakaria Kong Hin (Tawau) dan gangsa Indra Andika Japrin.

Pingat perak Jurus Tunggal Putra dimenangi Muhd Ikbai Alim (Tawau) dan gangsa Mohd Aiman Malim (Kalabakan) manakalah pingat perak Regu Putra dimenangi Tawau (Muhd Shamrizal Samichu, Muhd Shazran Asah, Syahmi Izzudin Mohd John Syah) dan gangsa Kinabatangan (Mohd Hishammudin Hassan, Mohd Zuhairy Abdul, Mohd Sharul Niezam Nordin).

Pingat perak Regu Putri dimenangi Tawau (Ainur Izzah Alfinh Satnan, Nurul Arifah Izzaty Suarei, Nur Aqilah Farhana) dan gangsa Tongod (Norfarah Izatul Aida, Siti Nurfatihah, An Afifah Nashan).

Pemenang pingat perak Keningau ialah Mohd Hafiz Affy (Silat Tanding Putra B), Refachie Lanusag (Silat Tanding Putri B), Petrra Saily Zamry (Silat Tanding Putri C), Joy Jacquline (Solo Kreatif Putri) dan Johnathan Wesley/Pendery Justin (Silat Seni Ganda Putra).

Pingat gangsa pula dimenangi Muhd Faris Hazwan (Silat Tanding Putra H), Dave Vincent (Silat Tanding Putra D) dan Mohd Saifullah (Silat Tanding Putra E).

Pemenang pingat emas Kota Marudu ialah Rajkhan Jeffery (Silat Tading Putra D), Mohd Afflin (Silat Tanding Putra G) dan Nuranthasa Asyiqien (Silat Tanding Putri B).

Pemenang lain pingat emas ialah Muhd Shahrukhllah Jimpons (L Datu: Silat tanding Putra B), Zulfa Izzat Izaan (L Datu: Silat Tanding Putra E), Mohd Ridzwan Majid/Hafizam Amat (L Datu: Silat Seni Ganda Putra), Ramizah Gelit (Tawau: Solo Kreatif Putri), Mohd Aiqal (Tawau: Silat Tanding Putra H), Siti Nuraisyah Sherzaman/Nur Ain Azrina Azlan (Kalabakan: Ganda Putri), Muhd Sharizam (Kalabakan: Silat Tanding Putra J), Irni Sharifah Japrin (Tambunan: Silat Tanding Putri C), Muhd Razfirdaus (Tuaran: Silat tanding Putra A), Mohd Shahrul Zackry (Beaufort: Silat Tanding Putra F), Ahmad Firdaus (Silat Tanding Putra I), Nur Azima Abdul (Sandakan: Jurus Tunggal Putri), Deasywasika Jalinus (Nabawan: Silat Tanding Putri D) dan Dayang Normalianih Maslan (Kinabatangan: Silat Tanding Putri E).

 Antara aksi sukan pencak silat di Dewan Masyarakat Tambunan semalam.
BERSILAT: Antara aksi sukan pencak silat di Dewan Masyarakat Tambunan semalam.
  • oleh
  • Advertisement