Anda di sini

Enam rekod baharu di hari terakhir olahraga

Advertisement
 

KENINGAU: Acara olahraga menamatkan saingan dengan enam rekod baharu kejohanan Sukan Sabah (SAGA) IX 2019 di Kompleks Sukan Nabawan semalam.

Atlet Kota Kinabalu, Romieo Gomboh menyerlah dengan dua rekod baharu dalam acara 1500m lelaki dan 5000m.

Dalam acara 1500m, Romieo menang emas dengan catatan rekod baharu kejohanan 4m17.7s memadamkan rekod lama 4m21.88s milik Mohd Erwan Amir (Sandakan) pada 2017. Pingat perak acara itu dimenangi  Firdaus Mohd Zamri (Kudat: 4m20.4s) dan gangsa Calvin Rowell Rompog (Tuaran: 4m21.0s).

Romieo kemudian menggandakan emasnya dengan catatan rekod baharu kejohanan dalam acara 5000m dengan catatan 16m37.40s memadamkan rekod lama 17m52.56s milik Mohd Faizal Rahmatullah (Tuaran) pada 2017.

Azlan Kuste (Telupid) dan Beramman Vellan (Tuaran) juga mengatasi rekod lama kejohanan tetapi terpaksa berpuas hati hanya menang perak dan gangsa. Azlan mencatat 17m0383s manakala Beramman 17m28.24s.

Rekod ketiga dilakarkan Muhammad Sunik Muslimin (Kinabatangan) dalam acara lompat kijang lelaki dengan jarak 15.13m memadamkan rekod lama 15.03m milik El Said Abdel Aziz (Kudat: 2013). Pingat perak dimenangi Alvin Roland (Ranau: 14.09m) dan gangsa Franie Faison Petrus (Ranau: 13.69m).

Rekod keempat dicatatkan Olivia Da Onidian Jainis dalam acara merejam lembing perempuan dengan jarak 37.12m memadamkan rekod lama 35.93m miliknya sendiri pada 2017. Pingat perak dimenangi Mary Jane Juberin (Keningau: 34.56m dan gangsa Fikriah Mohd Razi (K Belud: 31.03m).

Rekod kelima dicatatkan Mirach Han (Tawau) dalam acara lontar peluru lelaki dengan jarak 13.35m memadamkan rekod lama 12.71 miliki Max Anzie Jetol (Kudat: 2011). Pingat perak dimenangi Ivern Lee Lucian (Tuaran: 12.23m) dan gangsa Elson Edward Wong (Papar: 11.52m)

Ia juga rekod kedua peribadi dicatatkan Mirach selepas turut membaharui rekod kejohanan acara lempar cakera malam semalam.

Rekod terakhir dicatatkan Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (Tawau) dalam acara 400m perempuan dengan catatan 56.25s memadamkan rekod lama 57.67s miliknya sendiri semasa pusingan separuh akhir. Pingat perak dimenangi Cemellia Jasten (Beauforrt: 60.59s) dan gangsa Sharifah Aisyah Rofina (Sandakan: 63.20s).

Keseluruhannya, sukan olahraga memaparkan 13 rekod baharu kejohanan dipahatkan daripada 2 acara yang dipertandingkan.

Tawau dominasi acara itu dengan enam pingat emas, dua perak dan tujuh gangsa (6-2-7) diikuti Kota Kinabalu (5-4-0), Keningau (4-1-4), Sandakan (2-3-2), Ranau (2-3-1), Kinabatangan (2-0-0), Tuaran (1-4-3), Kota Marudu (1-3-3), Tenom (1-3-0), Beaufort (1-2-1) dan Sipitang (1-1-1).

Papar menang satu emas dan tiga gangsa, Kota Belud (1-0-1), Penampang (1-0-1), Nabawan (1-0-0), Tongod (1-0-0), Tambunan (1-0-0), Kudat (0-3-0), Pitas (0-1-1), Telupid (0-1-0), Putatan (0-1-0), Lahad Datu (0-0-2), Kuala Penyu (0-0-2), Semporna (0-0-1).

Kunak, Kalabakan dan Beluran gagal menang sebarang pingat.

  • oleh
  • Advertisement