Anda di sini

Ed Sheeran artis UK terbaik dekad ini selepas 79 minggu kuasai carta

Advertisement
ED SHEERAN
ED SHEERAN

PENYANYI dan juga penulis lagu Ed Sheeran telah dinamakan sebagai ‘UK’s Official Number 1 Artist of the Decade’ selepas memecah rekod dengan beberapa lagu yang popular, kata Official Charts Company kelmarin.

Lagu hit globalnya ‘Shape of You’ – yang bertahan selama 14 minggu di tempat No. 1 di Britain pada 2017 – dinamakan sebagai lagu terbaik sejak 10 tahun lalu.

Dan dia memperolehi anugerah ‘Official Chart Record Breaker’ bagi album dan lagu single nombor 1 paling banyak dari 2010-2019.

Pada keseluruhannya, lagu-lagu yang dikeluarkannya bertahan selama 79 minggu di tempat teratas dalam tempoh tersebut, tambah syarikat berkenaan, yang mengumpul carta mingguan di Britain.

Penerima anugerah itu pada masa lalu termasuk Paul McCartney dan Justin Bieber.

“Pada permulaan dekad, dia seorang budak berusia 18 tahun yang muda dan tidak dikenali (walaupun ditaraf tinggi) dari Suffolk – tetapi katalog pencapaiannya sejak itu sememangnya menakjubkan,” kata Martin Talbot selaku ketua eksekutif Official Charts Company.

Sheeran mula-mula memasuki carta UK pada 2011 dengan lagu single sulung ‘The A Team’.

Sejak itu, dia memperolehi lapan lagu single No. 1 di UK. Setiap daripada empat album studionya menduduki tempat teratas carta British.

“Terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya sejak 10 tahun lalu, terutamanya peminat saya yang menakjubkan. Ini adalah untuk 10 tahun lagi,” Sheeran menyebut dalam satu kenyataan mengenai anugerah-anugerah tersebut.

‘Shape of You’ menduduki tempat teratas senarai Official Charts Company bagi 100 lagu terbesar sejak sedekad lalu, diikuti ‘Uptown Funk’ oleh Mark Ronson, yang memaparkan Bruno Mars.

Dua lagi lagu Sheeran, ‘Thinking Out Loud’ dan ‘Perfect’, turut tergolong dalam kelompok 10 lagu teratas dalam senarai itu.

Lagu-lagu Adele ‘21’ dan ‘25’ menduduki dua tempat pertama dalam 100 lagu terbesar sejak sedekad lalu.

Penyanyi British itu memenangi enam anugerah Grammy untuk ‘21’ dan lima anugerah itu untuk ‘25’, dan kedua-dua rekod menduduki tempat teratas carta di seluruh dunia.

Tiga album Sheeran disenaraikan dalam kelompok 10 teratas. — Reuters

Advertisement