Anda di sini

330 pemilik terlibat pembangunan tanah NCR di Durin terima dividen

Advertisement
 Tuai-tuai rumah pada penyerahan replika cek pembayaran agihan dividen projek pembangunan NCR sambil disaksikan Liong (kanan) di Rumah Monica Gelima, Sungai Durin semalam.
HADIAH KRISMAS: Tuai-tuai rumah pada penyerahan replika cek pembayaran agihan dividen projek pembangunan NCR sambil disaksikan Liong (kanan) di Rumah Monica Gelima, Sungai Durin semalam.

SIBU: Ta Ann Pelita Durin Plantation Sdn Bhd menyerahkan agihan dividen kali kedua berjumlah RM150,000 kepada 330 pemilik tanah terlibat Projek Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Durin di Rumah Monica Gelima, Sungai Durin di sini semalam.

Pembayaran agihan dividen pertama berjumlah RM450,000 diserahkan kepada peserta projek pada 14 Mei lalu.

Pengurus Perhubungan Awam dan Bank Tanah Ta Ann Plantation Sdn Bhd Liong Wai Kiong berkata, projek diluluskan kerajaan negeri pada 16 Mac 2007 dengan keluasan 916.20 hektar ditanam setakat 30 November lalu.

“Ta Ann Pelita Durin Plantation Sdn Bhd, syarikat usaha sama dengan pelabur Ta Ann Plantation Sdn Bhd melaksanakan projek pembangunan NCR Durin-Naman penanaman kelapa sawit di Upper Sungai Durin.

“Projek ini melibatkan 17 rumah panjang dengan populasi penduduk sekitar 1,345 orang,” jelasnya.

Hadir sama Pengurus Perniagaan Agro Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Francis Kiyuk.

Advertisement