Anda di sini

20 kampung belum pulih, mangsa banjir mencecah 438 orang 

Advertisement
 

BEAUFORT: 20 perkampungan masing-masing enam di sini manakala 14 yang lain di Membakut masih digenangi air dan mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon kini mencecah seramai 438 penduduk. 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa daripada 156 keluarga itu masih ditempatkan di PPS terbabit berikutan paras air Sungai Padas kini meningkat pada paras bahaya.

"Kesemua mangsa yang dipindahkan adalah mangsa yang terkesan banjir dari Kampung Bakalau, Suasa, Kukup, Jabang, Kangsa, Bambangan, Sinoko, Jambatan Baru, Baitam Baru, Baitam, Mendangin, Lumata, Takapan, Lampijas, Papas, Kayai, Bawan, Brunei, Limpayau, Dungau, Sungai Damit, dan Skim Kampung Brunei Membakut.

"Setakat jam 4 petang, keadaan cuaca di sini adalah mendung dan kita masih bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan tambahan pula bacaan terkini paras sungai pada tahap bahaya iaitu dicatat pada kedalaman mencecah 6.27 meter," katanya.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataannya berkata, seramai 27 pegawai beberapa logistik dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dan Kimanis digerakkan ke PPS serta kawasan perkampungan yang dilanda banjir.

Katanya pasukan bomba sentiasa bersedia membuat pemantauan dan pemindahan sekiranya diperlukan di kawasan terjejas banjir dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) juga sedang beroperasi.

  • oleh
  • Advertisement