Anda di sini

SEB dalam usaha teroka kerjasama ekonomi hidrogen dengan Jepun

Advertisement
Ting ketika ditemui pemberita semasa lawatan bersama media di stesen isian semula dan loji pengeluaran hidrogen bersepadu di Bintawa, Kuching, hari ini. - Gambar oleh Roystein Emmor
Ting ketika ditemui pemberita semasa lawatan bersama media di stesen isian semula dan loji pengeluaran hidrogen bersepadu di Bintawa, Kuching, hari ini. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang dalam usaha membincangkan kerjasama dengan Jepun khasnya dari aspek ekonomi hidrogen yang dihasilkan di negeri ini.

Naib Presiden Eksekutif (Pembangunan Korporat dan Strategi) SEB, Ting Ching Zung berkata, ekonomi hidrogen merupakan sesuatu yang akan dibangunkan dan bukan sekadar pengangkutan.

"Jepun kini mengimport hidrogen dari Brunei dan Australia. Ini adalah sesuatu yang kita sedang bincangkan buat masa ini dengan rakan kita di Jepun dan lihat bagaimana kita dapat bekerjasama.

"Malahan Jepun juga berhasrat untuk melancarkan bas hidrogen semasa Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020 dan menggunakan lebih kurang 100 daripadanya," katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan media ke stesen isian semula dan loji pengeluaran hidrogen bersepadu di sini, hari ini.

Wakil media yang menyertai lawatan berpeluang mendengar taklimat berhubung kemudahan stesen isian semula dan loji pengeluaran hidrogen bersepadu oleh kakitangan SEB. - Gambar oleh Roystein Emmor
Wakil media yang menyertai lawatan berpeluang mendengar taklimat berhubung kemudahan stesen isian semula dan loji pengeluaran hidrogen bersepadu oleh kakitangan SEB. - Gambar oleh Roystein Emmor

Menurut Ting, Sarawak berpotensi untuk perkara terbabit memandangkan hidrogen yang dihasilkan lebih hijau.

"Mereka sudah ada loji di Brunei tetapi mereka menggunakan kaedah pembentukan gas (gas reforming) berbanding kita di sini menggunakan elektrolisis air yang lebih hijau produk yang dihasilkan di sini.

"Kita merasakan permintaan untuk hidrogen amat tinggi pada masa akan datang dan masyarakat kita akan beralih kepada teknologi hijau," katanya.

SEB kata beliau membantu kerajaan negeri untuk menerokai teknologi dan kepakaran serta cara untuk mengambil langkah seterusnya.

Ting berkata, dari segi pengangkutan di Sarawak, Ketua Menteri sendiri menyatakan bahawa beliau berhasrat untuk menambah baik pengangkutan dan untuk insiatif hijau bagi mengurangkan pengeluaran karbon dioksida pada masa depan.

Ting pada masa yang sama memberi jaminan teknologi atau penggunaan bahan api hidrogen adalah selamat.

"Kita mengambil inisiatif pertama ini untuk mempersiapkan diri kita dengan lebih baik bagi perubahan pada masa depan.

"Kita bekerja rapat dengan penyedia teknologi sedia ada dan sebelum kami melakukan ini, kami melawat Jepun dan tempat lain yang membuat ini," katanya.

Di China katanya sudah terdapat 100 buah bas hidrogen di atas jalan raya.

  • oleh
  • Advertisement