Anda di sini

PPS Dewan Masyarakat Stapok dan Kampung Jugan ditutup hari ini

Advertisement
Anggota APM membuat pemantauan di Serian.
Anggota APM membuat pemantauan di Serian.

KUCHING: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Dewan Masyarakat Stapok dan Balai Raya Kampung Jugan di Bau ditutup selepas air surut sepenuhnya.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata kedua-dua PPS tersebut dibuka pada malam Rabu susulan banjir kilat disebabkan hujan lebat dari  petang hari tersebut.

Menurutnya, seramai 46 orang terdiri daripada 11 keluarga dari Taman Sri Emas, Batu ditempatkan di PPS Stapok dan 12 Mangsa di PPS Kampung Jugan.

Kedua-dua PPS tersebut secara rasminya ditutup pada jam 9 pagi untuk di Kampung Jugan dan 5 Petang di Dewan Masyarakat Stapok.

"Kesemua mangsa dihantar pulang ke rumah masing-masing dengan selamat selepas memastikan air telah surut sepenuhnya.

"JPBN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam menguruskan bencana banjir di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu di Serian, difahamkan hujan lebat dari tengah hari telah menyebabkan paras air sungai meningkat dan sebuah rumah di Kampung Mentung Birawan dilaporkan telah dinaiki air.

Bagaimanapun belum ada PPS dibuka stakat ini dan beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini turut berada di lokasi untuk langkah berjaga-jaga.

  • oleh
  • Advertisement