Anda di sini

Polis buru pemuda 30-an rogol nenek 72 tahun 

Advertisement
 

TUARAN: Polis kini sedang menjalankan operasi mengesan seorang lelaki dipercayai berumur 30-an yang merogol wanita warga emas berumur 72 tahun di sebuah rumah di Tamparuli.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata kejadian kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu itu berlaku apabila mangsa terjaga dan mendapati suspek berada di hadapannya.

“Suspek kemudiannya menunjukkan isyarat kepada mangsa untuk berdiam dan tidak menjerit selain memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks kerana sudah lama tidak melakukannya.

“Mangsa yang takut dengan kejadian itu cuba untuk melawan suspek bagaimanapun tidak berdaya sebelum suspek yang jauh lebih muda daripada mangsa bertindak merogolnya,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran semalam untuk tindakan lanjut.

Hamizi berkata tiada kecederaan pada mangsa dan mangsa sudah dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement