Anda di sini

Pesawat elektrik lakukan ujian penerbangan sulung di Kanada

Advertisement
 Pesawat elektrik pertama di dunia berlepas semasa ujian penerbangan sulungnya dari Terminal Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver di Sungai Fraser di Richmond, British Columbia, Kanada kelmarin. — Gambar AFP
PERTAMA: Pesawat elektrik pertama di dunia berlepas semasa ujian penerbangan sulungnya dari Terminal Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver di Sungai Fraser di Richmond, British Columbia, Kanada kelmarin. — Gambar AFP

VANCOUVER: Pesawat komersial dengan kuasa penuh elektrik yang pertama di dunia, melakukan ujian penerbangan sulungnya kel-marin apabila berlepas dari bandar raya Vancouver.

“Ini membuktikan bahawa penerbangan komersial dalam bentuk kuasa elektrik sepenuhnya boleh berhasil,” kata Roei Ganzarski, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), firma kejuruteraan berpusat di Seattle, magniX.

Syarikat mereka enjin pesawat dan bekerjasama dengan Harbour Air, yang membawa setengah juta penumpang setahun di antara Vancouver, pusat peranginan luncur salji Whitsler dan kepulauan berhampiran dan komuniti pesisir pantai.

Ganzarski berkata tekno-logi ini amat penting untuk kos penjimatan kepada syarikat penerbangan – selain sifar asap.

“Ini menunjukkan permulaan era penerbangan elektrik,” kata beliau.

Penerbangan awal adalah salah satu sumber pengelua-ran gas karbon paling cepat ketika orang ramai semakin berminat menaiki penerba-ngan dan teknologi baharu agak perlahan berkembang.

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah menggalakkan penggunaan enjin bio dan bahan pesawat lebih ringan dan juga mengoptimumkan laluan.

e-pesawat, berusia 62 tahun yang boleh membawa enam penumpang, DHC-2 dengan enjin elektrik – diterbangkan oleh Greg McDougall, pengasas dan CEO Harbour Air.

McDougall menerbangkan pesawat di sepanjang Sungai Fraser berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver dengan disaksikan sekitar 100 orang tidak lama selepas matahari terbit.

Penerbangan itu berlangsung kurang dari 15 minit, menurut seorang wartawan AFP di lokasi.

“Sasaran kami adalah untuk menggunakan kuasa elektrik ke atas seluruh pe-sawat. Tiada alasan untuk tidak melakukannya,” kata McDougall.

Selain penjimatan mi-nyak, syarikat penerbangan akan menjimat jutaan dolar kerana kos penyelenggaraan untuk enjin elektrik adalah jauh lebih rendah, kata McDougall.

Bagaimanapun, Harbour Air perlu menunggu untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi sebelum ia boleh mula memasang enjin elektrik kepada lebih 40 pesawatnya.

Pesawat elektrik itu harus diuji lagi untuk mengesah-kan keselamatan dan kebolehpercayaannya. Sebagai tambahan, enjin elektrik itu juga harus diluluskan dan mendapat sijil dari pihak berkuasa berkaitan.

Di Ottawa, Menteri Peng-angkutan, Marc Garneau, memberitahu wartawan sebelum penerbangan sulung itu bahawa beliau “berharap pesawat elektrik akan berhasil.”

Jika ia berhasil kata beliau, “ia boleh memulakan satu trend untuk terbang dengan lebih mesra alam sekitar.”

Kuasa bateri juga satu cabaran. Sebuah pesawat seperti yang terbang buat kali pertama kelmarin hanya boleh terbang sejauh 100 batu dengan kuasa bateri lithium, kata Garzarski.

Walaupun jarak itu tidak jauh, ia sudah memadai untuk kebanyakan penerbangan jarak dekat yang diuruskan oleh Harbour Air. — AFP

Advertisement